nuffnang ads

Isnin, 25 Februari 2013

Untitled by azulfyqar84
Untitled, a photo by azulfyqar84 on Flickr.

Untitled by azulfyqar84
Untitled, a photo by azulfyqar84 on Flickr.

FWW ( flying with wing)

salam sejahtera,
salam bahagia,
salam ukhwah,
salam............ berapa banyak salammm daaaaaaa ??? (Sudin dalam Seniman Bujang Lapokk)

Baik,
Entry kali ini simple,
Dulu masih zaman kanak-kanak "gian" sangat dengan benda ni..
Mungkin bukan rezeki atau tu la pasal tak nak sekolah..
Kalau tak mungkin sekarang dah kesitu..
Nak tahu apa ?
Hihihi..

Jomm..

hihi.. jangan hairan laa... bukan nak menunjuk-nunjuk yee.. dah aku minat apa boleh buat..




Gambar beberapa minggu lepas, trip ke Jakarta, syarikat hantar..




Bukan "SAKAI" yang aku maksudkan untuk uplod gambar ini. Tapi kalau yang tahu pasal seni mesti faham.. Betul ke ??





Oh Ibu

Salam kembali kepada semua,
Selamat pagi, dah Isnin rupanya.
Masih bersengkang mata pada tika ini, sebaliknya yang lain sedang lena dibuai mimpi

Terbaca kisah sedih di "facebook" malam tadi,
Tersentuh hati, tak sedar air mata mengalir,
Betapa lupanya kita hari ini pada ibu sendiri,
Mungkin terlupa, mungkin sibuk atas tugasan masing-masing,
Tak apalah, yang penting kita masih tak lupa padanya,

Baik, semoga kita di kalangan anak yang soleh/solehah
Layan..



"Cuba anda hayati cerita ini

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu... "

Ahad, 24 Februari 2013

Malam Suram

Assalammualaikum kepada para pembaca yang setia dengan blog aku yang tak seberapa ni. hihi
Baikk, malam ni suasana suram sikit. 
Cuaca kat luar agak kurang mengizinkan
Orang putih cakap "Weather Warning", maksudnya keadaaan agak bahaya
Angin kuat,
Ombak pun kuat,
Memang berbahaya kepada bot-bot kecil,
Kalau yang duduk dalam kapal saat ini, MasyaAllah..
Bagi yang pernah masuk bot atau kapal besar pun kalau dah gelombang, ombak kuat..
Gerenti "mabuk free"

Apa boleh buat, cari makan, sumber pendapatan sekeluarga
Teringat kembali ketika dulu, yan (ayah) masih mambanting tulang untuk mencari nafkah ke lautan samudera.
Demi sesuap nasi untuk kami sekeluarga.
Baru sekarang aku merasai betapa peritnya rasa.
Mungkin bagi yan sudah biasa.
Sekarang ini pun keadaan yang agak bergoyang seperti mahu tumbang pun aku rasa lain.

Pernah aku mengikut yan ke laut, yan cakap jangan, tapi nak juga.
Tak sampai tengah laut, baru keluar dari kuala sungai dah kecundang, terbaring disebabkan "mabuk free"
Rasanya apa yang dah di makan tadi habis dikeluarkan, sampai tak ada isi mau dimuntahkan, cecair kuning saja yang keluar.
Istilah bahasa perubatan "jus gastrik" yang keluar sekali.
Anda yang pernah merasai lebih tahu. 

Baiklah, mungkin cerita ini saja ditulis, sebab malam yang suram.

Sekian,...


Pagi Yang Hebat

Salam Bahagia
Salam Perpaduan
Salam Sejahtera
Selamat Berhujung Minggu untuk para kalian yang sedang melayari ruang ini.

Apa Khabar anda ?
Harapan sihat sehendaknya semuanya..
Apa aktiviti anda hari ini ?

Alhamdulilah, aku baru selesai buat "presentation" pagi ni..
Mungkin kurang menyerlah sebab last minit buat sampai bersengkang mata lewat jam 3 pagi.
Harap audience faham apa yang aku nak sampaikan.
Dua hari lagi ditunggu untuk "sign off"
Rindu melanda orang di rumah.

Terkenang masa dulu-dulu sedang "hangat" bercinta.. hihihi.. Dialah yang terbaik bagiku.


Sabtu, 23 Februari 2013

azulfyqar84's photostream

IMG_20130209_163358[1]IMG_20130209_173119[1]my wazientv room @ my work siteKoknya pedess bagett kununn, Sooo spicy..
Academy Of Taipan

Salam Sabtu..

Alhamdulilah masih di beri kesempatan menikmati udara ciptaan-Nya..
Masih di beri peluang hidup dengan sihat sejahtera, mungkin Dia memberi peluang untuk bertaubat untuk semua.

Syukur hari ini lebih ceria dan tenang, cuaca di luar agak elok
Mungkin bagi mereka yang sudah merancang perjalanan ataupun program bersama keluarga pagi ini boleh memulakan perjalanan dengan jayanya..

View from my room


Perjalanan masih jauh,
Jauh meninggalkan anak isteri
Demi sebuah kebahagiaan
Perjuangan mesti diteruskan..
Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Rindu sekian kalinya melanda tiap masa dan ketika,
Hanya Tuhan yang mengerti,
Hanya doa dapat ku pohon..

Bersabarlah wahai sayang..  

Amin Ya Rabbal Alaminn..

Jumaat, 22 Februari 2013

ROKOK Elektronik..

Assalammualaikum..
Salam Jumaat semua..
Pagi ni nak kongsi Pasal ROKOK Elektronik.
Jommm... Sila semakk..



Adakah vaping/rokok elektronik selamat?

1) Dr Zakaria Abdullah, pakar herba dan kesihatan tempatan, menyatakan glycol (PG) dan glycerin (VG) (yang terkandung dalam e-liquid) tiada rekod yang menunjukkan mereka bahaya.

2) Dr Hairulfaizi Haron, Pakar Jantung dan Paru – paru PPUKM, menyatakan rokok tembakau mempunyai pelbagai – bagai toksik manakala rokok elektronik hanya mengguna pelarut, nikotin serta perisa. Beliau menasihati supaya nikotin tidak digunakan secara berlebihan (zero nikotin terus lagi bagus).

3) Boston University School of Public Health membuat kesimpulan bahawa rokok elektronik adalah lebih selamat daripada rokok sebenar dan mungkin membantu perokok berhenti merokok, mereka menyatakan “tahap bahan kimia yang dikesan dalam rokok elektronik tidak menimbulkan kebimbangan kesihatan yang serius”. “Rokok elektronik juga didapati serupa dengan pengganti nikotin {seperti NiQuitin) yang sedia ada”.

4) Dr Konstantinos Farsalinos daripada Onassis Cardiac Surgery Center membentangkan “Rokok elektronik adalah alternatif yang lebih selamat kepada rokok tembakau…. Memandangkan bahaya melampau yang dikaitkan dengan merokok, data sedia ada menunjukkan bahawa rokok elektronik adalah jauh kurang berbahaya dan menggantikan tembakau dengan rokok elektronik mungkin bermanfaat untuk kesihatan.”

5) American Association of Public Health Physicians (AAPHP) menyokong penjualan rokok elektronik kepada orang dewasa “kerana ia berkemungkinan menyelamakan 4 daripada 8 juta perokok di Amerika yang sebaliknya akan mati disebabkan penyakit berkaitan dengan tembakau dalam masa 20 tahun."

p/s: sila share dekat BELIAU, biar BELIAU tahu.

Rabu, 20 Februari 2013

Senda Pagi

Alkisah - semut dan gajah

Seekor semut
membisikkan ke
telinga gajah...
Kemudian si gajah jatuh
ke tanah dan pengsan...
Nak taw ke semut ckp
apa???

"Syg,.....I hamil anak u... ♥


Rabu, 13 Februari 2013

Tikar Ajaib Alaf Baru (Bio Velocity Sleep Mate)


Assalammualaikum kepada anda pembaca sekalian,
Lama tak mencoret pada ruangan ini,
Sana sini sibuk..

Baek, kali ni nak sambung cerita pasal Tikar Terbang Ajaib.. hihi
Bukan Tikar Terbang broo.. Tapi Tikar Pelapik Tilam, orang putih cakap 'Mate"

 Pelapik tilam yg menggunakan teknologi Korea melalui solar energy.
Merupakan terapi untuk tidur yang sempurna.
Membuang segala radiasi di dalam badan.
Memberi kekuatan, tenaga  dan kesihatan yg baik.
Menghilang sakit saraf dan lenguh2 badan.
Juga dikatakan boleh memperkasakan tenaga dalaman lelaki.





Your Comment/ Komen Anda