Salam ATK181..Pelajari Teknik Menguasai Melancong PERCUMA ke Spain dan Umrah bersama Akademi Taipan 181 dlm BisnesPreview esok 21hb Mei (sabtu) jam 10pagi di Akademi Taipan Miri Branch bersama Mentor Kunaini.. Ole2 dari Perth pasti menanti yang hadir. MASUK PERCUMA...
Hamba Allah reply gini ;
Xpa. Bank _ _ _ _ _ _ setiap tahun ada pakej melancong utk warga kerja cemerlang. Itu sudah memadai bg saya. Nak join bisnes mungkin tidak. Sbb saya bkn org optimistik yg berani bhadapan dgn risiko kerugian. Utk org yg brjaya dgn akedemi taipan saya ucapkan TAHNIAH. Saya rasa sy selesa dgn pa yg sya ada skrang.
jawapan sms aku ;
Tahniah juga dgn jwpan tu. Asal jgn marah la kan...
Hamba Allah ni sms ;
Bkn marah, sekadar berkongsi maklumat.. Last month g brcuti ke Beijing. Balik dr Beijing g dgn famly trip ke Bandung. Awl Mei p kursus lagi. sorry tak da masa.
Aku jawab ;
TAHNIAH..
Hamba Allah ;
ok.
Ala tak yah buang kredit kalau tak nak. Maaf ya buk/pak kalau tak nak. Gue tak paksa.. Takut-takut nanti orang bilang '' makan seorang ''. Gue tolong aja, kalau ndak suda.
Heeeeeeeeeeee...........
bercakap dgn high level memang lagu ni
bercakap dgn burung tiong lagi baguss............ layann....
Berdiri aku di sini kerana orang yang bergelar '' guru ''.
Isnin 16 Mei 2011,
Orang cakap tarikh ni untuk orang-orang yang bergelar cikgu, guru, teacher, sifu, ' lau se '..
Aku ikut orang aja ni,
Tapi tak apa,
Tak perlu tunggu tarikh ni pun boleh ucap kata keramat ni kot ?
'' S e l a m a t H a r i G u r u ''
Terima kasih untuk segalanya..
Hanya itu saja yang dapatku ucap kepada mereka yang bergelar
'' CIKGU ''
NI CIKGU SEKOLAH RENDAH ( sekolah rendah dato pengiran mohamad );
CIKGU NUR AIN - cikgu kelas/bahasa melayu aku
CIKGU BOLHEN BUJANG - cikgu matematik aku
CIKGU SAILI LIPU - cikgu bahasa inggeris aku
CIKGU HENDI BIN SUHAI - guru besar sekolah rendah aku
CIKGU HARPAH NEN - cikgu bahasa inggeris aku
CIKGU YAHYA IBRAHIM - ustaz aku
CIKGU AZMAN NGAH - ustaz aku jugak
CIKGU HASSAN - cikgu sukan aku
CIKGU TAKIP - cikgu bahasa inggeris aku
DAN SEMUA CIKGU YANG PERNAH AJAR AKU KAT SEKOLAH RENDAH NI.
NI CIKGU SEKOLAH MENENGAH ( sekolah menengah kerajaan dalat );
CIKGU NORAZLINA - cikgu bahasa melayu aku
CIKGU SHIRLEY - cikgu kimia aku
CIKGU WONG - cikgu matematik/fizik aku
CIKGU ASRAF - cikgu sukan/displin aku
CIKGU LING TUNG KONG - pengetua sekolah aku ( gerunn, hehe )
CIKGU AWG JU AWG BOLHASSAN - cikgu seni lukis aku
CIKGU ROKIAH - cikgu biologi aku
CIKGU ROSLAN - cikgu matematik/add mat's aku
DAN SEMUA CIKGU YANG PERNAH AJAR AKU KAT SEKOLAH MENENGAH NI.
NI CIKGU MASA TRAINING ( kolej sains kesihatan bersekutu kuching );
EN. LIANG DUEH -penyelaras intake july/2003
EN. SELEMAN KASSIRAN - pengajar community health
EN. JOHAIBE - pengajar kejururawatan/psikologi
EN. CHRISTOPHER - pengajar psikologi
EN. MATHEW WONG - pengajar surgery
EN. TONY - pengajar community health
EN. KAMSAINI - pengajar farmakologi
EN.' bujang ' - kami panggil pengetua ni " bujang ", sebab dulu dia selalu panggil kami '' bujang '' dah tak ingat nama ..soli maa...
DAN SEMUA PENGAJAR YANG PERNAH AJAR AKU DI KOLEJ NI.
Maaf aku ucap pada cikgu-cikgu yang aku dah tak ingat nama, tapi jasa kalian masih segar dalam ingatan. Segala tunjuk ajar kau dulu membuatkan aku masih berdiri di mana aku berada sekarang. Tanpa kalian siapa aku sekarang. Terima kasih sekali lagi yang tak terhingga.. Kepada cikgu yang ada membaca blog ini sekali lagi saya nak ucap
'' selamat hari cikgu ''. Panjang umur & murah rezeki, cikgu.
Kepada cikgu yang tak sempat atau dah namanya aku dah lupa pun aku minta maaf,
tapi kalau masih mengenali saya, saya ucapkan ; '' selamat hari cikgu''
kepada rakan-rakan cikgu juga ;
CIKGU ABDUL FATTAH - long san
CIKGU MUSTAFA - long san
CIKGU JACKLYN - long san
CIKGU TONY - long san
CIKGU SHAHRIMAN - long san
CIKGU KAMIL - long san
CIKGU HAIRI - long san
CIKGU MATTHEW DING - long san
DAN SEMUA CIKGU YANG SAMA BERTUGAS DI PEDALAMAN DULU.
CIKGU KUNAINI - subis, miri
CIKGU ROSHILA - puchong
CIKGU KARTINI - kl
CIKGU FARIDAH - kl
CIKGU KAMARUDDIN - kl
CIKGU NIZAM @ KUTWO - kl
CIKGU ZAIFRI - puchong
CIKGU ASIAH - kl/swk
CIKGU ABDULLAH SANDI - serian
CIKGU KAMAROLL DERIS - kuching
DAN SEMUA CIKGU DALAM AKADEMI TAIPAN 181-sabah sarawak sem.m'sia
Best main kat fun fair ni. Sekejap berada di atas, sekejap lagi di bawah. Sekarang pun kita pum hidup macam main kat fun fair . Betul ke ?
Kena fokus apa yang kita nak bermula dari sekarang. Bukan main ikut nasib. Kita yang tentukan nasib kita sekarang. Fokus kepada masa yang akan kita tempuh. Kena berkorban sedikit, nanti hasil nya memang akan kita akan tuai.
Apa fokus kita bila dah kerja ? Masa sekolah fokus nak lulus periksa. Dah kerja kena ada fokus juga..
Pilih-pilih lah yang mana paling best . Pilihan di tangan kita, bukan orang yang tentukan hala tuju kita.
Bagaimana?? Tanya diri sendiri, adakah aku terbaik untuk orang lain? Memang tak dinafikan orang akan mengatakan yang NEGATIF tentang kita apabila kita mula berbuat yang terbaik. Walaupun kekadang kita tak perasan benda-benda macam ni. Apa yang kita harus lakukan adalah NIAT kita, NAWAITU kita itu sebenarnya. Orang memang akan cakap sukati mulut engkau saja nak berkata-kata. Tapi Tuhan tahu apa yang kita nak lakukan.
Niatkan dalam hati tentang yang baik ; contoh,
tak terikut-ikut orang lain kalau lampu isyarat dah merah ;
bila nak memotong kereta di hadapan bagi la signal ;
tak naik hangin kalau tak ada sebab ;
masuk kerja awal, tak lewat !!
dan macam-macam lagi ;
Bila kita lakukan perkara-perkara ini setiap hari maka dengan sendirinya hari-hari juga kita boleh buat untuk contoh yang terbaik untuk kita sendiri.
Sama juga seperti kita bekerja atau berniaga. Kalau berniaga asyik-asyik nak menipu memang tak kemana. Sama juga macam kita ajak orang buat perkara baik lagi menguntungkan.
Kalau tak mulakan dari diri sendiri siapa lagi.?? Perkara-perkara NEGATIF lagi senang nak ikut. Hahaha.. Dosa dapat, duit lagi tak dapat, dapat duit pun tak berkat. Betui kerr??
Kenapa orang lain dapat ? kita tak dapat ? Semuanya bermula dari langkah pertama, Semuanya bermula dari diri sendiri..
Saya berpesan kepada diri sendiri dan para pembaca yang budiman...
Aku selalu potong rambut kat sini. Tukang gunting ni bisu. Bangsa cinn..
Tapi kualiti kerja best. Terbaekk punya. Walaupun bisu tapi mata, telinga peka terhadap kehendak pelanggan. Walaupun bayarannya mahal. Berbaloi-baloi..
sebelumm..
Si baju merah yang expert gunting kat sini.
Cakap ajer nak stail macammana. Gerenti best mamat cinn ni buat walaupun bisu..
Hero Cinn kat Revlon Bintang Plaza Miri.
Ni kedai si Mat cinn tu... Bisu pun bole bukak kedai gunting rambut bro... Apa lagi kita yang tak ada kurengnya..
selamat beramal...
selamat hari ibu & ayah
Ni yan ( ayah ) aku. Masa hantar aku p bekerja. Terminal Express Kuching, Sarawak. Ayah ku memang smart orangnya. tak nak selekeh.
Ni masa mak & ayah hantar aku g kerja 2006. Berat rasa nak tinggalkan mereka berdua sekian lama duduk bersama
mak & yan ( ayah ) aku...
Mak aku fulltime kerja di di rumah Ayah aku nelayan..
Tak ada lain nak ku ucap, hari-hari adalah hari Ibu.. Terima Kasih atas segalanya..
Lama nya tak ada masa hari sabtu, hari ni aku off. Tapi ada saja yang mengganggu. Tak apa cabaran tu. Bershopping dengan isteri untuk persediaan ahli baru dalam keluargaku..
Kerja utama memang off, tapi appoiment mesti ada. Baru Klasssss..... yeah2...
muka lapo.... heeeeeeee sabo2..
pertandingan Kumang Gawai, Bintang Plaza Miri.
sedeppp.. lama tak menjamah yang sedap2 ni..hehehe
Bangunn seawal sempat subuh pagi tadi membuatkan aku kureng tidur pada malam tadi. Malam semalam balik kerja jam 10 malam. Dah ' set ' kan pagi tadi nak settle semua kerja opiss. Sebab kita mesti percaya, tak wajib betul harus salah. Setiap apa yang kita usahakan tak kira apa benda sekali pun memang menjadi. Tak percaya ? cuba try test la sendiri. Kalau betoi, aku kasi seposen. Hahaaaaaa... SEBABnya ;
'' jika kau fikirkan bolehh..''
'' kau hampir boleh melakukan ''
Alhamdulilah, sempat juga aku siapkan semuanya walaupun ada macam karenah, perangai dan profile setiap insan. Al-maklumlahkan dah berapa hari cuti umum. Tapi aku kena bekerja, mesti kerja, wajib kerja sebab dah tugas sebagai penjawat awam. Anda pembaca apa kurangnya.?? Sama-sama kerja, kerja gomen, kerja tak gomen sama la tu. Asalkan kerjanya tak salah dari segi agama dan undang-undang. Bukan ke kerja itu ibadah? Tak gitu?
Petang tadi sepatutnya balik jam 5, tapi ada kerja sikit nak buat, kan tak pasal-pasal kena complain lagi. Hahaaa.. Susah nya.. Buat baik susah, buat jahat lagi susah. Kenapa orang tak nampak Gajah diseberang ?, kalau kuman-kuman depan mata tersangatlah nampak. Kenapa la woiii? haheeeee..
Rasanya berbaloi kalau kita buat sesuatu benda tu dengan tekun , sabar dan tawakall. Sebab apa yang kita buat ni bukan nak kaya semata-mata atau nak menunjuk-nunjuk. Cuba tanya diri sendiri, cukupkah? puaskah? berbaloikah? atau tanya apa penting nya ada duitsebagai backup ?
Kalau tak pun ingat la muka mak ayah selagi mereka masih bernafas. Dari kecil sampai sekarang takkan kita nak susahkan mereka. Kalau tak juga tengoklah muka isteri/suami atau anak-anak? Tidakkah kita terfikir untuk buat yang terbaik? Pesanan untuk diri dan para pembaca.. Jenuh aku menunggu orang yang buat tempahan tadi. Takut-takut kalau isteri aku menunggu lama di rumah. Hehehe.. kesian isteri aku.. Tak apa la sayang, abang buat ni selagi empat kudrat ni masih mampu untuk terus memberi yang terbaik.
Berniaga kena banyak bersabar. Kalau tak pelanggan lari, sendiri yang rugi. Memang dah adat resam berniaga, ada turun naik nya. Ada untung rugi nya. Ada kaya miskin nya. Tak apa buat, buat dan terus buat. Berniaga untuk jangka masa yang panjang. Bukannya '' hangat-hangat tahi ayam ''... okkk??
'' Barang siapa melakukan kebaikan walau sebesar zarah, akan dilihatnya ( balasan ) kebaikan itu. Tetapi sesia[a melakukan kejahatan meskipun sebesar zarah akan dilihat ( balasan ) kejahatannya itu. ''
Assalammualaikum pa kabo? Hope sihar hendaknyo... Heheeeee.. Kali ni kito nak kongsi sikit pasal Bulan Mei ni, ada tak yang lahir cun-cun 1hb Mei?? Hurmm.. Tahu ke kelebihan orang yang lahir pada bulan tersebut? Jomm mari kita tengok-tengok, jengok-jengok..
Insan yang dilahirkan pada bulan Mei ini biasanya bermotivasi tinggi, bersikap sistematik ( otak kiri ), memahami apa yang terlintas di hati orang lain, pandai berdebat, rajin tapi agak boros.
Hah siapa kata anda tak boleh? , tak semangat ? , tak bermotivasi ? kita saja yang tak tahu apa kelebihan yang kita ada. Kena cabar sikit dah layu, sejuk, mati, lingkup, pasrah dan sewaktu dengannya. Ayuh la bro, awek, makcik, pakcik, datuk, nenek, abang kakak, jom kita bangun semula. Tak payah nak pikiq yang sudah-sudah..bengong-bengong...
Semua ada kehebatan dan kebolehan masing-masing.. asahkan cucikan apa yang ada dalam diri engko tu..
Assalammualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam kasih, salam sayang, salam 1Malaysia, salam segala macam salam ,,,..... Hari ini dah masuk bulan ke - 5, 2011.., bulan Mei. Sedar tak sedar dah nak masuk tengah tahun dah. Apa yang kita fikirkan ni bila orang cakap pasal Hari Pekerja? Hari Buruh se-Malaysia?? Tak kira apa jenis kerja yang anda lakukan. Selamat Hari Pekerja kepada semua pembaca blog nih.. Bila orang lain sibuk cakap pasal gaji naik tak naik ni apa pula reaksi kita sebagai pekerja? Buat tak tahu? Buat-buat lupa? Haa.. tak apa, itu pendapat masing-masing, tak kisah la sangat... Cuba tanya pada diri kita ;
dah puas pencapaian kerja ?
dah cukup sedia dengan kerja ?
dah cukup mahir dengan kerja ?
dah selesa dengan kerja sekarang ?
dah cukup senang dengan gaji ?
dah cukup selesa dengan hasil kerja ?
dah puas dengan kerja sebelum ini ?
pendek kata, panjang tak kata semua lah pasal kerja macam mana ?
Jawapannya pada diri sendiri. Fikir-fikirkan, renung-renungkan. Hakikatnya kita selalu nak layan ego masing-masing. Ada yang kata tak best la, tak suka, nasib badan, gaji kecik, gaji tak naik-naik, bos berat sebelah, dan segala macam benda yang di fikiran. Tarik nafas panjang, tahan 7 saat, hembus perlahan. Tanya lagi pada diri kita :
aku ni kerja jujur ke ?
ada ponteng kerja ?
ada songlap duit tempat kerja ?
salah guna tempat kerja ?
curi tulang ?
kerja on time ?
ada seludup barang tempat kerja ?
tak apa, mana orang tahu...
Pernah terfikir begitu ? Haaaa.. saya berpesan kepada diri dan semua pembaca untuk renungan bersama. Ni bukan program motivasi ye.. saja-saja nak buat masa hari pekerja ni.. Harap sabar dan faham ! Tidak ada istilah mengungkit atau nak mencederakan hati sesiapa. Tak nak baca tak apa. Tak berbayar pun. Aku lagi tak untung... hehehe
Dan pernah tak anda, kau, kamu, kitak, kita rasa kita dah buat yang terbaik, tapi situasi kerja tetap sama, gaji tetap sama, hari-hari muka yang sama, asyik-asyik kerja bertambah, asyik-asyik kerja lebih masa, dah bertahun kerja masih juga tak ada yang tak serupa, sama aja.. Lepas tu sedap-sedap pula orang atasan kita memaki hamun, tengking, tak betul, salah, kerja tak setimpal dengan gaji kena bom lagi dan sewaktu dengannya.
Tak kerja susah juga, nak makan apa? alamakkkk.. Kerja 10 tahun baru naik gaji? kerja separuh mati gaji tak naik? Untungnya siapa?? Fikir-fikirkan. Kita dah buat yang terbaik kita rasa. Tapi orang lain dapat nama. '' Boss kami tak mintak lain ni bos, jaga hati pekerja cukup la. Belanja minum kopi pun jadi lah bos, nama bos yang naik dan bla bla.......''
Tapi yang menghairankan ni adalah, kita sebagai pekerja ni sedar apa yang kita dah buat? Mengkompel banyak, kerja nya kurang. Macam mana ni bro? hehehe.. Nak salahkan siapa ?? Balik-balik cakap bos, gaji tak naik, gaji tak cukup dan sebagainya..
Barang semua dah naik, yang untung nya peniaga, tak kira berniaga apa. Tapi kita sebagai pekerja tak terfikir nak lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ni. Lama dah dengar masalah yang sama ni. Tapi apa tindakan kita ? Apa yang kita tahu, mengomel, mengkomplen saja. Buat sesuatu yang boleh menyelesaikan masalah anda. Maksudnya di sini benda baik, bukan sebaliknya yee,,,,..
Bila berdiskusi buat benda baik-baik ni susah juga kalau namanya orang kita ni. Sebab apa? dah biasa, dah selesa, dah aman sedangkan kalau di ikutkan memang banyak komplen atau mengomel pasal kerja, cakap itu cakap ini alahai tak fahamnyaaa....... Yang pasti hujung bulan dapat gaji.Dapat gaji habis bayar itu ini. Habis gaji cakap tu cakap ni. Kerja baik tak nak, nak jugak cari jalan pintas nak kaya, nak senang. Tu laaa.. harap subsidi selalu. Bukan tak baik, tapi kena pada cara dan masa tak jadi masalah.
Kita nak ubah corak pemikiran memang susah kalau bukan dari hati sendiri. Nak paksa orang apatah lagi. Tetapi kita ajak, tunjuk, tolong, bantu tak nak. Balik-balik sindir, balik-balik jatuhkan airmuka kawan, sahabat, rakan sekerja. Tak payah la tolong, tolong memburukkan lagi ada. Tak fahamnya aku....
Bila bab menyeleweng ni bab paling best. Orang kita juga, bab bodoh sombong orang kita juga. Gelojoh, tak pandai sabar. Nak puaskan hati semua orang ni payah. Last-last nanti hati sendiri yang merana. Lebih baik jaga hati sendiri dulu yeee.. semua setuju??
Bagi aku lebih baik berniaga daripada buat perkara yang dah memang salah dari sisi agama dan undang-undang. Tak gitu..??
Hai dah boring baca entri panjang-panjang ni. Sorry kalau terasa. Tapi aku tulis berdasarkan pengalaman, penghayatan, dan sewaktu dengannya bro.. tak payah sempit sangat fikiran tu, POSITIF sikit, maju sikit, maju banyak lagi baik, takkan 10 tahun kerja masih macam tu juga yang kau dapat. Nak juga ada perubahan kan? nak juga banyak simpanan, harta, kereta, rumah yang selesa kan?? Tak payah kusut-kusut fikir pasal kerja. Nak tak nak kena nak jugakkk.
Engko taknak? sukahati lah. Nanti jangan minta sedekah ye... malu, kemaluan, tak tahu malu.......... aku ajak buat benda yang boleh membanggakan diri sendiri, keluarga, mak ayah, isteri, suami, anak-anak. Paling penting berbangga atas pencapaian diri sendiri. Bukan maksud nya sombong atau bongkak. Kena faham konsep. Jangan tuduh sebarang. Bahaya tu, masuk neraka. Aku tak cakap aku masuk syurga... haaaa... bengong..
Senang dengan kerja anda sekarang? Meh, jom ikut aku ni haaa jual air liur.. Aku ajak buat benda baik ni, bukan jual dadah, ganja, syabu, main ekor, buat perkara halal lagi untung. Nanti tak pasal-pasal anak murid jadi mangsa. Kuang-kuang..
Siapa cakap nak kaya tu mudahh?? tak nak kaya tak apa, jangan bising, jangan jelous. Duduk diam aja. Tunggu gaji hujung bulan cukup la. Takpayah nak dengki-dengki.. Ada balasan bagi yang dengki.. ingat tu !