nuffnang ads

Rabu, 29 Ogos 2012

Apa Sebab Tak Boleh Minum Berdiri

Hadtih

Islam telah menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi mendapat kesejahteraan. Begitu juga islam telah menetapkan adab-adab ketika minum.

Terdapat hadis yang menunjukkan tegahan minum berdiri ialah hadis yang diriwayat oleh muslim iaitu: Terjemahan: dari Anas RA, sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W melarang minum berdiri. 

Hadis ini merupakan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab minuman, bab tegahan minum berdiri, hadis yang ke 3771.

Kajian Dari Sudut Sains


Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani :
“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan. 
Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, 
"apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak."

Centrak Nervous
Central nervous system (2) adalah gabungan otak (1) dan saraf tunjang (3). Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk. 

Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.

Namun demikian diharuskan minum berdiri ditempat yang tidak sesuai untuk duduk seperti tempat yang terlampau sesak. Ini adalah kerana Nabi s.a.w pernah minum berdiri, ini berdasarkan kepada hadis Ibn Abbas yang menyatakan rasulullah minum air zam-zam berdiri.


Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w. dirumah Aisyah r.a. sedang makan daging yang dikeringkan diatas talam sambil duduk bertongkatkan lutut, tiba-tiba masuk seorang perempuan yang keji mulut melihat Rasulullah s.a.w. duduk sedemikian itu lalu berkata: “Lihatlah orang itu duduk seperti budak.”


Maka dijawab oleh Rasulullah s.a.w.: “Saya seorang hamba, maka duduk seperti duduk budak dan makan seperti makan budak.” Lalu Rasulullah s.a.w. mempersilakan wanita itu untuk makan.


Adapun duduk bertelekan (bersandar kepada sesuatu) telah dilarang oleh Rasulullah sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya Aku tidak makan secara bertelekan” (HR Bukhari).

Isnin, 13 Ogos 2012

Kelakuan Anak & Bapak Dalam Bilik !!

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik.
Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Bedah : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap….
Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak bapak kata…..
Bedah : Ya bapak, Bedah dengar…
Bapak : Okeh… mai duduk sebelah bapak. Heh? heh…
Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik…abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau… mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar.
Bedah pun terpaksa la duduk jugak… hati dia takleh cakap laa… berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.(dia terbayang mcm yg korg bayang)…hehe
Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.
Bedah : Apa???!!!
Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.
Bedah : Bapak…Bedah takut laaa. (nak nangis….pasrah)
Bapak : Bedah, tengok ni
Bedah tak sanggup nak tengok… dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia nk tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.
Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.
 
 
Tags:

Apa Cerr ???

10 BINTANG TERKENAL TANPA BAKAT

Pernah tak anda membaca akhbar atau melayari internet dan melihat wajah-wajah ini? Mereka popular. Anda kenal siapa mereka. Namun apabila diminta untuk menjelaskan apa yang membuatkan mereka popular, anda tidak tahu jawapannya. Media Hollywood menggelar mereka 'Fame w****'. Lady Gaga mungkin menggelarnya 'Fame Monster'. Mereka terkenal kerana menjadi terkenal atau dalam bahasa Inggerisnya "Famous for being famous" dan menjadi isu di Amerika kerana kehadiran mereka melambangkan pencemaran kepada definisi populariti dan kejayaan sebenar.

Begitu ramai untuk disenaraikan tetapi kami telah memilih sepuluh yang terbaik dan paling menjengkelkan.


PARIS HILTON
Tahap Popular: 10/10
Bakat Sebenar: 5/10
Kami harus akui, sebagai waris harta Hilton, Paris sebenarnya masih memiliki bakat sebagai seorang usahawan. Dia menjual produknya dengan cara memperbodohkan diri dan menjadikan dirinya bahan kutukan. Sementara semua orang memperkotak-katikkannya, Hilton terus mengumpul keuntungan. Genius!

Namun dia berada di tempat pertama dalam senarai kerana tanpa Hilton, tiada siapa akan kenal siapa Nicole Richie, Kimberly Stewart, Kim Kardashian dan semua pengikut-pengikutnya. Tanpa Hilton, tiadalah tradisi pita seks buatan sendiri, hukuman penjara selebriti, pertunangan sekejap, penghasilan single menggunakan teknologi auto-tune, rancangan realiti TV atau istilah "celebutante" (golongan elit yang menjadi terkenal hanya kerana kekayaan dan rupa paras menarik dimilikinya).

NICOLE RICHIE
Tahap Popular: 9/10
Bakat Sebenar: 5/10
Dia popular kerana dia anak angkat Lionel Richie. Namun itu tidak cukup buat Richie, lalu dia membuat keputusan untuk menumpang nama rakan karibnya Paris Hilton dan bersama-sama, membintangi siri TV "The Simple Life". Namanya mula masyhur dan dia menggunakannya dengan menjadi ilham pereka terkemuka Rachel Zoe. Namanya pudar seketika selepas pergaduhannya dengan Paris Hilton dan kembali popular apabila dia hamil anak kepada pemuzik Good Charlotte, Joel Madden. Kemudian dia popular kerana gayanya sepanjang waktu kehamilan dan tidak lama selepas itu menjadi popular kerana menjadi ibu Harlow Madden. Kemudian anda terlupa, siapa sebenarnya wanita ini?

KIM KARDASHIAN
Tahap Popular: 9/10
Bakat Sebenar: 2/10
Tiada siapa peduli bila mereka tahu Kim adalah anak kepada peguam OJ Simpson yang bernama Robert Kardashian. Tiada siapa peduli dia anak tiri olahragawan olimpik, Bruce Jenner. Dia mula terkenal selepas menjadi rakan karib kepada Paris Hilton. Selepas itu, pita seksnya tersebar dan nama Kim mula menjadi sebutan. Ryan Seacrest nampak aura keuntungan yang mengelilingi wanita dengan ratio dada dan punggung yang seimbang ini, maka Kim dan keluarganya ditawarkan untuk menjadi bintang realiti televisyen. Dia mula memasuki dunia modeling, mereka fesyen, minyak wangi, berlakon filem spoof dan menghasilkan single yang begitu berat dengan penggunaan auto-tune. Dia berkahwin dan bercerai dengan Kris Humphries, dia bercinta dengan Kanye West dan dia terus menjadi kaya-raya. Semuanya bermula denga pita seksnya.

Kimberly Stewart
KIMBERLY STEWART
Tahap Popular: 6/10
Bakat Sebenar: 5/10
Anda mungkin sangka Kimberly akan memiliki bakat yang sama seperti bapanya, legenda Rod Stewart. Sekurang-kurangnya Liv Tyler, seorang lagi anak kepada bintang legenda Steven Tyler, berjaya menjadi pelakon terkenal tanpa perlu bantuan bapanya. Namun begitu, selain daripada menjadi rakan karib dan rakan gaduh Paris Hilton, meniduri Tommy Lee dan jatuh motosikal, anda ingat apa lagi jasanya terhadap dunia?

KEVIN FEDERLINE
Tahap Popular: 4/10
Bakat Sebenar: 1/10
Kalau bukan kerana Britney Spears masih lagi bersedih atas perpisahannya dengan Justin Timberlake dan berada dalam mod 'rebound', dia pasti tidak akan mengahwini Kevin Federline. Penari sokongan ini cumalah cara Spears membuktikan pada dunia yang dia okay, tidak kisahlah sekiranya pembuktiannya itu ialah dengan mengahwini lelaki tak guna yang meninggalkan teman wanitanya yang sedang hamil untuk bersamanya. Baguslah. Britney boleh buktikan yang dia cukup subur untuk melahirkan dua orang anak dengan seorang lelaki tak guna, sementara Federline pula boleh gunakan populariti bekas isterinya untuk menghasilkan album rap dan mengadakan parti mewah. Satu sama?

HEIDI & SPENCER PRATT
Tahap Popular: 8/10
Bakat Sebenar: 4/10
Heidi Montague menjadi terkenal kerana menjadi rakan Lauren Conrad dalam siri realiti TV "The Hills". Kemudian dia mengahwini Spencer Pratt dan ia menjadikan lelaki itu terkenal. Spencer memiliki seorang kakak bernama Stephanie dan dia juga menjadi terkenal selepas perkahwinan adiknya. Rantaian populariti tanpa sebab ini terus berlangsung selagi tiada sesiapa cuba untuk mengharamkan pasangan ini daripada muncul di media massa. Tidak cukup dengan itu, Heidi yang semulajadinya cantik telah membuat 90 peratus pembedahan plastik terhadap tubuh dan wajahnya sementara Spencer sibuk berleter tentang keinsafannya dan usahanya untuk lahir semula sebagai penganut Kristian yang baik. Oh, jangan lupa tentang single auto-tune. Tidak mungkin anda akan jadi bintang tak berbakat tanpa single auto-tune!

REBECCA BLACK
Tahap Popular: 7/10
Bakat Sebenar: 5/10
Gadis berusia 15 tahun ini mula menjadi popular kerana lagunya "Friday" menjadi kegilaan di YouTube. Namun begitu, kegilaan itu bukan kerana ia lagu yang hebat atau kerana nyanyiannya sangat merdu bagaikan gadis Filipina Charice Pempengco yang mendapat tempat di hati peminat muzik melalui kemerduan suaranya. Tidak. Black menjadi popular kerana menyanyikan lagu yang paling bodoh di dunia (jika anda tolak ke tepi lagu "Stupid Hoe" oleh Nicki Minaj) dengan suara yang paling menjengkelkan di dunia, menggunakan teknologi yang paling berbahaya di dunia selain bom nuklear – mesin auto-tune.

MICHAEL LOHAN
Tahap Popular: 4/10
Bakat Sebenar: 0/10
Dia tidak memiliki bakat. Kalau bukan kerana anak perempuannya yang juga kaya dengan skandal dan masalahnya sendiri, Michael Lohan tidak akan dikenali sesiapa. Kalau bukan kerana dia bapa kepada Lindsay Lohan dan rajin menempelak media agar tidak mengganggu anaknya, tiada siapa akan peduli dengannya. Adakalanya bila anda lihat wajah Michael dan apa yang dia lakukan dalam media, anda akan terfikir, "Patutlah Lindsay Lohan jadi macam ni..."

BRISTOL PALIN
Tahap Popular: 7/10
Bakat Sebenar: 3/10
Dia mula terkenal kerana ibunya. Kalau bukan kerana usaha Parti Republikan yang cuba meniru usaha Demokrat (yang meletakkan Hillary Clinton dan seorang lelaki berkulit hitam bernama Barack Obama sebagai calon presiden mereka), Sarah Palin tidak akan menjadi pemain utama dalam politik Amerika. Bristol Palin juga tidak akan menjadi popular kerana hamil luar nikah. Ibunya tidak akan cuba menggunakan kehamilan itu untuk menarik hati pengundi dengan menunjukkan betapa dia menyokong kehidupan dan tidak akan membenarkan kandungan itu digugurkan. Bristol Palin tidak akan menyertai "Dancing With The Stars" selepas kelahiran anaknya dan menjadi terkenal untuk sebab-sebab yang tidak sepatutnya.

COURTNEY STODDEN
Tahap Popular: 10/10
Bakat Sebenar: 0/10
Dia memiliki aspirasi untuk menjadi penyanyi dan menghasilkan lagu auto-tune sekalipun suaranya tidaklah sesedap mana. Tak apa. Semua orang memiliki impian. Dia mengahwini bintang "Lost" Doug Hutchinson ketika berusia 16 tahun sedangkan Doug pula berusia 51 tahun. Tak apa. Cinta tak kenal usia. Kemudian dia mula menayangkan tubuh badannya di media dan melakukan aksi-aksi lucah yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang masih di bawah umur sehingga semua orang mempersoalkan umur sebenarnya.
 
 
 
 
 
Sumber ;  
Related Posts Widget for Blogger

Ahad, 12 Ogos 2012

Lawak Bulan Ramadhan

Sekadar ikhtibar ;

- tiada kaitan dengan mana-mana pihak
- peringatan untuk kita yang masih hidup..

Jomm layann lawak suami isteri ;

Suami : Kalau diberi pilihan untuk
siapa mati dulu,
awak rasa siapa yg patut mati
dulu ?

Isteri : Saya harap abang mati
dulu .

Suami : Sampai hati awak kan,
saya sengaja nak
menguji awak sama ada betul2
sayangkan saya atau tak . :’(

Isteri : Abang tak nak tahu
kenapa saya harap abang
mati dulu ?

Suami : Tak perlu nak jelaskan.
Dah terbukti awak tak
sayangkan saya lagi dah, bila saya
mati awak akan
cepat2 cari yang baru !

Isteri : Hmm , cara abang fikir tu
salah sayang ..

Suami : Apa yang salah pulak ???

Isteri : Saya harap abang pergi
dulu sebab saya tak
sanggup nak tengok abang sedih
bila saya takda
nanti. Kalau abang yg pergi dulu,
saya nak
sedekahkan al-fatihah dekat
abang tiap2 hari supaya
abang tenang dekat sana. Dan
saya nak doa hari2 supaya

dapat bertemu dengan abang
semula dekat ‘sana’ . :’)
Suami : (terdiam ) ?? ?? ??



Sabtu, 11 Ogos 2012

Misteri Hajar Aswad

Hajar Aswad yang terletak di dalam bingkai perak

Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:

“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca doa ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:

“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.

Asal Usul Hajar Aswad

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka'bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka'bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka'bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka'bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.

Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”

Hajar Aswad dicium oleh berjuta-juta jemaah haji

Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka'bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

2. "'Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.'' (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:

“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.

Ibadah haji yang dihadiri berjuta-juta umat Islam

Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan"
(QS. An-Najm : 53)

Allaaahu Akbar, tiada tuhan lagi yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad Saw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya. Sesungguhnya ada rahsia disebaliknya.

Sumber

Rabu, 8 Ogos 2012

Sedikit perkongsian Untuk amalan bulan Ramadhan

Tentu ramai di kalangan kita yang sudah tahu dan memahami apakah perkara-perkara yang perlu dielakkan dalam bulan Ramadhan. Di sini sedikit yang saya ingin kongsikan untuk amalan kita bersama. ;


1) Tidur semula selepas sahur
 
Telah disebutkan bahawa waktu sahur adalah waktu yang dipenuhi keberkatan dan kemaqbulan doa. Justeru, tabiat tidur semula setelah makan sahur sementara menunggu waktu subuh adalah satu kesilapan. Inilah tabiat yang menyebabkan masjid dan surau tidak penuh di waktu subuh.
Tidur selepas makan sahur menyebabkan tubuh menjadi semakin layu dan mengantuk yang amat sangat. Keadaan ini pastinya menjadi punca solat subuh di rumah berseorangan atau lebih teruk, terlewat subuh.
Amat rugilah mereka yang tidak menjaga waktu sebegini serta tidak mengisinya dengan doa dan istighfar.
Allah berfirman :-
الصَّابِرِينَ وَالصَّادِقِينَ وَالْقَانِتِينَ وَالْمُنفِقِينَ وَالْمُسْتَغْفِرِينَ بِالأَسْحَارِ
Ertinya : “Orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur” – Al-Imran : 17

2) Menunaikan semua solat sunat di masjid dan tiada di rumah.
 
Tidak dinafikan, di bulan mulia ini ramai yang bersungguh ingin mendapatkan pahala sunat, solat sunat kerap dilakukan sejurus solat fardhu di masjid dan surau.
Cuma orang ramai perlu tahu bahawa, solat sunat lebih afdhal dilakukan di rumah berbanding di masjid dan surau, ia lebih mampu menjaga diri dari perasaan riya, ujub dan takbur. Kecualilah solat sunat terawih dan bagi individu yang jauh rumahnya dari masjid, hingga terpaksa menunaikan solat-solat sunat selepas dan sebelum solat fardhu di masjid.
Bagaimanapun, adalah satu kesilapan sekiranya tidak dilaksanakan sebarang solat sunat ketika di rumah, seperti solat tahajjud, witir dan lain-lain.
Nabi s.a.w bersabda :-
اجعلوا من صلاتكم في بيوتكم ولا تتخذوها قبورا
Ertinya : jadikanlah sebahagian dari solat kamu di rumahmu dan jangan biarkan rumahmu menjadi seperti kubur ( akibat tiada solat sunat)” – Riwayat Muslim
Majority ulama berpendapat solat sunat lebih baik dilaksanakan di rumah disebabkan ia lebih tersorok daripada pandangan ramai ( Syarah Sohih Muslim, Imam An-nawawi )

3) Wanita berhias dan membuka aurat di luar rumah
 
Saya kira, isu ini telah banyak saya sentuh di web ini, malangnya ia seakan-akan satu fenomena yang amat sukar untuk diubah walaupuan di ketika datangnya bulan dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka ini.
Sedarilah, kegagalan kita untuk berubah kepada yang lebih baik di bulan ini bakal menyaksikan kejahatan diri akan semakin mudah meningkat di bulan-bulan lain.

4) Merendah dan ‘kondem’ wanita yang cuba berubah dengan bertudung, tutup aurat dan tidak berhias di bulan ramadhan.
 
Saya juga mendapat info bahawa sebahagian golongan yang merendahkan percubaan perubahan diri dan perkara baik yang dilakukan oleh rakan setugas dan kenalannya di bulan Ramadhan ini. Ada yang mengeji, menuduh hipokrit, mengutuk kononnya ‘bungkus sebentar’ dan macam-macam lagi kutukan.
Buat pihak yang mengutuk, sedarilah, anda sebenarnya sedang menjauhkan orang dari Islam dan hidayah Allah. Disebutkan dalam sebuah hadis :-
‏لا تحقرن من المعروف شيئا ولو أن ‏ ‏تلقى أخاك ووجهك منبسط
Ertinya : “Janganlah kamu mencela apa jua perkara kebaikan (yang dilakukan) , walaupun hanya sekadar seseorang bertemu saudaranay dengan wajah yang senyum dan riang..” – Riwayat Ahmad , dari hadis Jabir , no 19717 
Justeru, apa jua kebaikan yang mampu diusahakan oleh seseorang terutamanya di bulan baik ini, kita ditegah untuk memperlecehkannya.

5) Banyak berdoa tetapi tidak memahami apakah maksud doanya
 
Ini satu lagi penyakit yang menular meluas dalam masyarakat kita, memang amat baik untuk menghafal doa yang sohih dari Al-Quran dan dari baginda Nabi s.a.w, tetapi ia akan tergugat apabila anda tidak memahami apakah doa yang diulang-ulangnya itu.
Saya kerap kali terjumpa tuan imam yang membaca dari buku sahaja doa yang panjang lebar, dengan tergagap-gagap. Selepas tamat saya cuba bertanya adakah beliau faham kandungan doa itu, ia berkata hanya faham 10 % sahaja. Mujurlah ada yang faham, bagaimana jika 0 % faham.
Jika tuan imam hanya 10 % faham, bagaiamana pula dengan makmum dari orang biasa ini?. Bolehkah doa tanpa faham ini menjadi maqbul dengan serta merta ?, bolehkah sesuatu doa yang tidak difahami maskudnya boleh lahir dari hati, jiwa dan penuh perasaan dari orang yang berdoa?. Perbincangannya mungkin seidkit panjang, Cuma cukuplah saya ingin mengingatkan ia adalah salah satu bentuk kesilapan di bulan Ramadhan yang dipenuhi doa ini.
Segeralah mencari terjemahan doa yang anda baca agar kesungguhan meminta apa yang diucapkan sampai kepada Allah s.w.t.
Nabi s.a.w mengingatkan :-
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لا يَسْتَجِيبُ
دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ
Ertinya : “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin ianya diterima Allah, dan ketahuilah Allah tidak menerima doa dari orang yang hatinya lalai dan tidak bersungguh” – Riwayat At-Tirmidzi, no 3479 : AlMunziri dan Albani : Sanad & Hadis Hasan

6) Berterusannya tenggelam dalam syahwat
 
Bagi sebahagian remaja dan anak muda, mereka meneruskan aktiviti biasa mereka dengan bergayut di telefon bersama pasangan, atau lebih buruk, aktif ‘berdating’ di musim Ramadhan ini dan pelbagai aktiviti bersyahwat dan nafsu mereka. Ibu bapa pula seolah sudah habis usaha, buntu aqal untuk mencari jalan terbaik mengelakkan aktiviti buruk si anak dari berterusan. Jika ini berlaku, dosa lebih banyak yang bertambah sejurus keluar dari bulan mulia ini. Selain itu, mereka yang menamatkan Ramadhan dengan dosa yang lebih banyak, pastinya akan semakin menjauh dari Allah swt. Manakan tidak, di bulan bergandanya pahala dan ditutup pintu neraka pun masih ditewaskan oleh nafsu, apatah lagi di ketika Syaitan bebas dari belenggunya. Moga kita dijauhkan Allah.

7) Tidak merapatkan saf semasa solat berjemaah
 
Jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunnah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah. Ini kerana ketika solat berjemaah, saf perlu dirapatkan bersumberkan hadis-hadis yang banyak antaranya :
أقِيمُوا صُفُوفَكمُ وَتَراصَوْا فإني أرَاكم مِنْ وَرَاء ظهْري
Ertinya : “Luruskanlah saf kamu (ketika solat) sesungguhnya aku nampak kamu dari belakangku” – al-Bukhari  [1]
لتسوُنَّ صُفُوفَكُم أوْ لَيُخَالِفَنَّ الله بين وُجُوهِكم
Ertinya : “Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau Allah akan mengalihkan wajah-wajah kamu” – Abu Daud [2]
Erti bagi pengalihan wajah ini ditafsirkan oleh para ulama sebagai :
a- Benar-benar wajah akan dialihkan oleh Allah swt kelak.
b- Perpecahan hati dan hilang kesatuan, pergaduhan juga akan semakin subur. Demikian huraian Imam An-Nawawi.
Hadis di atas amat penting dan memberikan ancaman bagi mereka yang bermalasan dalam merapat dan meluruskan saf. Ia menunjukkan besarnya kesalahan tidak melurus dan merapatkan saf, berdasarkan hadis tersebut, para ulama menyatakan hokum wajib bagi merapatkan saf ketika solat jemaah.
Tanpa displin tersebut akibatnya adalah manusia akan berada dalam rasa keegoan masing-masing hingga merasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah di sebelah mereka, di samping itu ia juga meunjukkan jemaah tersebut kurang ilmunya hingga akhirnya tindakan ini jika dibiasakan maka Allah swt akan membiarkan berlakunya permusuhan dan pertengkaran dalam masyarakat ini. [3]
Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki, justeru dalam keadaan tersebut, perlu di ingat kadar yang telah diletakkan oleh para ulama di atas.
Bagi memperolehi kualiti yang terbaik dan pahala terbanyak maka pandangan yang disarankan menurut penulis dalam hal jarak antara dua kaki ini adalah seperti berikut :-
Ketika solat berjemaah, jarak yang terbaik adalah, sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah lain disebelah kita. Ia sekaligus mempertautkan ukhuwwah serta mampu membuang rasa keegoan diri. Terdapat banyak hadith yang menyokong kesimpulan ini, antaranya hadith shohih riwayat al-Bukhari menyebut :
وكَانَ أحَدُنَا يُلزِقُ مَنْكِبَهُ بمَنْكِبِ صَاحِبِهِ وَقَدَمُه بقدمِه
Ertinya : “Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki” – Riwayat al-Bukhari [4]
Akhirnya, semoga kesilapan ini dapat dielakkan di ketika kita menghidupkan Ramadhan dan berterusan dapat dielakkan selepas Ramadhan. Saya izinkan disebarluaskan artikel ini di masjid, surau, fotostatlah sebanyak mungkin demi manfaat rakan muslim kita. Semoga kita dapat sama-sama ke syurga Allah s.w.t ..ameeen.

Sekian,

Sumber Dari ;
http://www.zaharuddin.net/

Khamis, 2 Ogos 2012

Kisah Kaabah yang tidak diketahui oleh orang ramai Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

Kisah Kaabah yang tidak diketahui oleh orang ramai

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Rabu, 1 Ogos 2012

Gembiranya dapat Terawih

Syukur pada Tuhan yang Maha Besar,
Saat yang aku tunggu, mungkin biasa bagi sesetengah orang
Tapi bagi aku ianya sangat bermakna kerna bukan senang nak tunggu saat ini,
Setahun berlalu, mungkin amalan kita yang lepas tak sama seperti tahun ini,

Walaupun tak sesempurna sembahyang di masjid-masjid atau di surau-surau tempat kita,
Alhamdulilah, di tengah lautan yang luas begini tak lupa untuk menunaikan terawih,
Cukup sekadar 8 ra'kaat ; yang penting ikhlas dan khusyuk,
Ada cacat celanya dalam bacaan tidak mengapa kerna Dia Maha Tahu,
Tenang rasa di hati menunaikan tuntutan sebagai amalan sunat,

Indahnya malam ini dengah cahaya bulan menerangi lautan yang luas
Indahnya bagaikan tak terucap
Indahnya ciptaanMu Ya Allah..

'' Ya Allah, tenangkanlah hati kami bersujut kepadaMu ;
 Terimalah solat kami walau tak sesempurna Imam dan Bilal di masjid ;
 Ampunilah kesalahan kami sewaktu mengerjakan ibadat kepadaMu ;
Ya Allah, tetapkanlah hati kami sepertimana kekasihmu Muhammad S.A.W
Amin Ya Rabbal Alamin ''.........

Gambar tidak begitu jelas, kamera henpon .. low quality

Yang penting memang Indah bagai tak terkata..

BestNya Kurma

Fadilat berbuka dengan kurma



ALLAH SWT telah menjadikan kurma atau tamar dengan banyak keistimewaan dan kelebihannya. Kurma adalah satu mukjizat dan sumber rezeki, manfaat serta memberi kesihatan bagi kehidupan manusia.

Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menyebutkan kelebihan dan keutamaan kurma. Antara lain Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pokok tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.” – (Surah Maryam, ayat 25).

Allah memerintahkan Siti Maryam untuk menggegarkan batang pokok kurma ketika melahirkan anaknya, Nabi Isa as. Tanpa seorang pun yang membantunya, air mengalir di sisinya. Air itu kemudian diambil dan diminumnya sebagai ganti cairan tubuh yang hilang ketika melahirkan Nabi Isa.


Firaun juga memilih batang kurma untuk menyalib orang yang beriman kepada Tuhan Musa dan Harun sebagai azab bagi mereka kerana kekuatan dan kekukuhan yang ada pada pokok itu. Penyihir itu berkata: “Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa.” (Surah Taaha, ayat 70).
Mengenai kurma sebagai buah yang berkat, Rasulullah SAW mewasiatkan kepada umatnya untuk memakannya ketika berbuka puasa.

Daripada Salman Ibnu Amir RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang di antara kamu akan berbuka puasa, maka berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkat, kalau tiada, dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Daripada Anas RA berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW berbuka puasa dengan beberapa rothab (kurma mekar yang dipetik dari pohonnya) sebelum bersolat (Maghrib). Kalau tidak ada rothab, maka dengan beberapa kurma matang (kering), kalau tidak ada, maka dengan beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Tidak diragukan lagi bahawa di sebalik sunnah Nabi SAW ini, ada petunjuk perubatan dan manfaat yang banyak bagi kesihatan dan hukum yang elok dan bagus untuk manusia. Rasulullah SAW telah memilih makanan ini (kurma) atau tamar dan tidak memilih yang lainnya kerana adanya manfaat yang sangat besar dan mulia.

Dalam hadis juga disebutkan keutamaan tamar atau kurma itu. Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Rumah yang tidak memiliki kurma adalah rumah yang penghuninya sentiasa berasa lapar.” (Hadis riwayat Bukhari).

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya tamar itu menghilangkan penyakit dan tidak ada penyakit di dalamnya kerana ia adalah tanaman dari syurga yang boleh dijadikan sebagai ubat.”

Sa’ad RA berkata: “Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Siapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah (kurma Nabi), maka akan terhindar daripada racun dan sihir.” (Hadis riwayat Bukhari)

Ibnu Qaiyyim dalam kitabnya Zaadul Ma’ad berkata: “Kurma ialah buah-buahan yang sangat sesuai untuk mengisi perut yang kosong dan mampu memberi tenaga bagi tubuh. Kurma juga buah yang bermutu tinggi dan bermanfaat bagi kesihatan hati manusia dan dapat menghaluskan tabiat manusia yang kasar.”

Satu kajian dilakukan untuk mengetahui kandungan kimia dan biologis dalam kurma. Kajian itu berkesimpulan bahawa, setiap bahagian kurma yang dimakan mengandungi kandungan zat gula 70-75 peratus, 2-3 peratus protein, 5-8 peratus serat dan sedikit kandungan lemak. Selain itu, dalam penelitian perubatan juga didapati bahawa kurma mengandungi 65-70 peratus air jernih, 24-58 peratus zat gula, 2-2.1 peratus protein, 5.2 peratus serat dan sangat sedikit kandungan lemak.

P/S: Hati-hati dengan kurma keluaran Israel, Jordan River yang banyak dijual di pasaran.

Sumber ; Islam itu indah

Bolehkah Makan Selepas Waktu Imsak??

Bolehkah Makan Selepas Waktu Imsak

 

  • digg
  • Shar
SOALAN
Sesetengah masjid di Lembah Kelang ini mengumandang azan dua kali pada waktu sebelum Subuh. Soalan saya bolehkah makan sahur selepas azan pertama. Biasanya azan pertama itu setengah jam sebelum azan kedua. Bagaimana pula dengan waktu Imsak, iaitu waktu 10 minit sebelum azan kedua, bolehkan seseorang bersahur dalam tempoh ini.
- AWI, K. Kubu.

JAWAPAN
Antara masalah yang disepakati ulama, ibadat puasa bermula dari naiknya fajar sadiq hingga terbenam matahari. Fajar sadiq ialah cuaca cerah waktu pagi, sebelum naik matahari. Allah berfirman:
وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu cahaya siang dari kegelapan malam, iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (al-Baqarah: 187)
Berpandukan ayat ini, ulama mentafsirkan, waktu puasa yang sebenarnya ialah waktu naik fajar subuh hingga terbenam matahari atau hingga masuknya waktu Maghrib. Selain daripada jarak antara dua waktu ini, harus bagi orang berpuasa mengambil makan, minum dan berhubung kelamin. Ini juga bermakna, jika seseorang mendengar azan yang menandakan masuknya waktu Subuh, sedangkan dalam mulutnya masih ada makanan, hendaklah dibuang. Jika ditelannya, nescaya batal puasanya.
Memang suatu kelaziman berlaku di kebanyakan negara Islam, bilal yang bertugas masjid mengumandang azan pertama sebelum azan subuh. Tujuannya ialah memaklumkan waktu Subuh hampir tiba, orang Islam yang akan menunaikan puasa pada esok hari hendaklah bersiap sedia menyempurnakan sahur, mencuci mulut dan mengambil wuduk untuk solat Subuh berjamaah. Di sesetengah negara pula membuat waktu Imsak, iaitu 10 minit sebelum masuknya waktu solat Subuh, bagi tujuan yang sama. Waktu imsak atau 10 minit sebelum Subuh itu, bukan waktu bermulanya puasa, kerana dalam tempoh ini masih diharuskan makan dan minum. Lebih tepat jika kita katakan, imsak hanya masa membuat persiapan untuk berpuasa.
Bersahur pada dasarnya sunat dilewatkan, kerana ada hadis yang menyatakan bahawa umat ini sentiasa beroleh kebajikan, jika mereka sentiasa mengamalkan prinsip segera berbuka dan lewat bersahur. (Syarh al-Sunnah, 6/253).
Ada juga hadis yang menyatakan, jarak masa antara sahur dengan waktu Subuh kira-kira masa yang menyamai bacaan 50 ayat al-Qur`an yang sederhana. Rasulullah (s.a.w.) bersabda dalam hadis riwayat Zaid Ibn Thabit, katanya yang bermaksud:
Kami bersahur bersama Rasulullah (s.a.w.), kemudian kami bangun untuk solat Subuh. Jarak antara sahur dan solat Subuh kira-kira kadar bacaan 50 ayat. (Bukhari 4/118, Muslim, bilangan 1097)
Meskipun harus bagi seseorang bersahur pada waktu imsak, tetapi bagi seseorang yang ingin berpuasa pada esok harinya, sebaik-baiknya mengambil sikap yang lebih ihtiyat (cermat) bagi puasanya, iaitu dengan menahan daripada makan dan minum beberapa waktu lebih awal daripada masa puasa yang sebenarnya. Cara ini boleh mengelakkan seseorang daripada melampaui batas-batas yang diharus dan meragukan.
Jika seseorang menganggap, waktu puasa adalah bermula daripada waktu imsak, maka anggapan itu meleset dan tidak tepat, kerana puasa seperti yang disebutkan di atas bermula daripada naiknya fajar sadiq atau waktu subuh.
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi: Jika seseorang selalu mengamalkan puasanya bermula daripada waktu imsak, maka ia telah melakukan suatu keterlaluan dalam agama ini dan bertentangan dengan Sunnah nabi s.a.w. (Fatawa Mu`sirah, 1/313).
Saya berpendapat, waktu imsak adalah waktu untuk bersiap sedia ke masjid bagi menunaikan solat Subuh. Ulama kita sebelum inipun tidak peranah diketahui ada yang mengatakan puasa bermula dari waktu itu.

Sumber: http://www.drhayei.com/

Salam Subuh & Salam Ramadhan

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Solat Subuh..
Amin Ya Rabbal Alamin...

Adik 14, Abang 15,........

Alhamdulilah,
Syukur,
Selamat,
Sihat,
Awang Fiqarni Wafrie, waris ke dua.
Tanggal 14 Julai 2012, Sabtu,
24 Syaaban 1433H,
12.29pm
pandainya..hihih

 



Awang Fiqarni Wazien,
15 Julai 2011,
11.30pm,
ngam-ngam setahun

macam la pandai..haha


Tak reti lagi..hahaha
Syukur Alhamdulilah,
Rezeki Anak-Anak..

Your Comment/ Komen Anda