nuffnang ads

Jumaat, 27 Januari 2012

Salahkah Wanita Meminang Lelaki ? ; MyIbrah.com

Assalammualaikum..
Sekadar berkongsi dari MyIbrah.com

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa telah bersabda baginda rasulullah salallahualaihiwasalam :
“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan”. (hadith hasan riwayat Tirmidzi no 1084)






Perbuatan menawarkan diri kepada lelaki yang soleh dan beragama bukanlah sesuatu yang aib dan memalukan sebaliknya merupakan sunnah dan kebaikan ini berdalilkan kepada hadith dari Anas ra yang berkata telah datang seorang wanita kepada baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dan menawarkan dirinya kepada baginda dengan berkata:
“Wahai rasulullah apakah engkau berhajat kepada aku?” lalu ketika menceritakan hadith ini maka menyampuklah anak perempuan Anas ra dengan mengatakan sungguh kurang malu perempuan itu dan buruk akhlaknya, lalu dijawab oleh Anas ra : “Sesungguhnya dia itu (perempuan yang menawar diri) lebih mulia dan baik darimu kerana dia mencintai nabi salallahualaihiwasalam dan menawar dirinya demi kebaikan”. (lihat hadith sahih dalam riwayat Bukhari no 5120 , Nasaie dan Ibn Majah)
Hadith di atas tidaklah hanya mengkhususkan kepada baginda rasul sahaja bahkan ianya menjadi contoh teladan kepada semua wanita muslimah dan dibolehkan mereka menawarkan diri mereka kepada semua lelaki soleh muslim yang mukmin kerana apa yang terjadi kepada rasul selagi tidak dikhususkan maka ianya merupakan perbuatan sunnah yang umum.
“Sesungguhnya, adalah bagimu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat, serta ia pula menyebut dan banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21)
Adapun menjawab ayat al-Qur’an yang menyebut kekhususan hanya untuk nabi seperti:
“Dan perempuan mukminah yang menghadiahkan dirinya kepada rasul jika rasul suka mengahwininya; sebagai perkainan hanya khusus bagi kamu dan bukan untuk orang yang beriman yang lain ” (Al-Ahzab : 50)
Dimaksudkan pengkhususan di sini ialah dalam masalah maskahwin iaitu dikhususkan untuk rasulullah bernikah dengan perempuan yang menghadiahkan dirinya kepada baginda nabi tanpa perlu baginda membayar maskahwin sedangkan bagi umat Islam yang lain diwajibkan membayar maskahwin namun untuk nabi diberi pengecualian (lihat Tafsir Al-Qur’anul Azim oleh Ibn Katsir ra m/s 124 Jilid 3).
Sebagai kesimpulan adalah menjadi sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar.
Malu itu sebahagian dari iman seperti yang disebut dalam hadith Ibu Umar ra bahawa baginda rasul menyebut:
“Sesungguhnya malu itu sebahagian dari iman” (hadith sahih riwayat Bukhari no 24 dan Muslim no. 36, Abu Daud, Tirmidzi, Nasaie dan Ibn Majah)
Begitu juga dalam hadith yang lain baginda mengatakan:
“Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37)
Meskipun wanita Islam yang muslimah dan solehah itu akan mempunyai rasa malu, sifat malu itu merupakan perhiasan namun tidaklah patut malu itu menahan dari tercapainya kebaikan dan terlaksananya fitrah dan amal ibadah kerana golongan yang beriman dan solehah itu antara ciri-ciri mereka ialah bersegera kepada kebaikan dan kebajikan.
“Dan bersegeralah kamu (berlumbalah) dalam kebaikan” (Al-Maidah : 48)
Bagi mereka yang merasa malu dan segan menawarkan diri secara berdepan mereka boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat. Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada Rasulullah dengan menyampaikan pesanan Khadijah ra:
“Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1).
Siapakah wanita Islam yang lebih baik dari Khadijah ra? Wanita pertama Islam, serikandi utama dan mulia yang disebut dalam hadith yang sahih dari riwayat Ummul Mukminah Aisyah ra dengan katanya:
Aku tidak pernah mencemburui mana-mana isteri nabi melainkan Khadijah walaupun aku tidak pernah menjumpainya lalu beliau menceritakan; Sesungguhnya rasulullah apabila menyembelih kambing akan berkata:
“Hantarkanlah sebahagian daging ini kepada sahabat Khadijah” lalu berkata Aisyah dengan marah pada suatu hari; Khadijah ? (iaitu seperti mempersoalkan kenapa Khadijah) lalu dibalas oleh baginda rasulullah;
“Sesungguhnya aku diberi rezeki oleh Allah untuk mencintainya”. (hadith sahih riwayat Muslim no. 134 Jilid 7 dalam kitab Al-Minhaj)
Ummul Mukminah Khadijah ra yang kini di jannah merupakan wanita pertama dan mulia yang menawarkan dirinya kepada baginda demi mencari kebaikan dan kebajikan.
“Tidaklah kami tertinggalkan sesuatu perkara pun dalam kitab melainkan telah kami terangkan segalanya” (Surah Al-An’am : 38)
Islam adalah agama yang syumul. Hiduplah dibawah panduan syariat semoga bermanfaat di dunia dan akhirat. InshaAllah.

SUMBER; MyIbrah.com..

Tazkirah Jumaat

'' Wanita yang melakukan sembahyang 5 waktu,
berpuasa di bulan Ramahdan,
menjaga kehormatannya dari yang haram
dan mentaati suami
maka masuklah dia ke syurga
dari mana-mana pintu yang dia kehendaki ''

Hadis Riwayat Ahmad


Khamis, 26 Januari 2012

'' Ya Allah
Jadikan segala kesempurnaan diriku ini 
untuk mendapat keredhaan dan
kesyukuran terhadapMu ''

Amin Ya Rabbal Alamin


Selasa, 24 Januari 2012

Siapa ada selulit?? kenapa? bagaimana?

As salam..
Apa Khabar..
Masih Mood Tahun Baru Naga ke?
Kali ni nak share tentang sesuatu yang kira penting juga.
Kali ni aku share entri dari rakan seperjuangan dari blog Auni Darweesya  :

aku nak bawakan satu pendedahan berkenaan penjagaan diri. Berkenaan ;  SELULIT..

Jika disebut selulit,
mesti terbayangkan kulit yang berkedut
di bawah pungguh ker, celah paha ker, kan?
Scary kan?
Tak payah nak tunjuk dengan orang laen la kan, kalau benda ni kita sendiri yang nampak.hehe.. kalau masih muda/dara emm memang nak jaga sangat.. tapi bila dah kawinnn.......... tak usah cakap lerr...

INFO SELULIT ;
Faktor terjadinya selulit:
1. Etnik

2. Habit pengambilan nutrisi ketika kanak-kanak

3. Hormon
4. Baka

Selulit juga dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan fungsi metabolik seperti, banyak makan, tidak bersenam, hormon tiroid yang tidak aktif dan alahan pada makanan.

Pertambahan berat pada bahagian bawah tubuh disebabkan oleh kelemahan kitaran darah. Masalah kitaran darah sangat biasa di kalangan wanita dan ditandai dengan rasa sejuk tangan dan sejuk kaki. Ia terjadi kerana merokok, keturunan, tekanan dan pengambilan kaffein.

Sistem penyaliran dari pembuluh darah dan sistem limfa yang tidak elok. Biasanya keadaan ini terjadi kerana masalah sembab air. Kaki dan buku lali yang bengkak terutamanya ketika panas atau selepas berdiri adalah simptom biasa sembab air. Ia terjadi kerana sistem penyaliran pembuluh darah atau limfa yang lemah atau bengkak (varicose veins), masalah pembuluh darah yang lemah yang diwarisi, sistem limfa rosak atau penyakit yang menyebabkan saluran limfa halus, kelemahan sistem limfa yang diwarisi atau tekanan.

Memakan makanan berkalori secara berlebihan adalah penyebab utama pembentukan selulit.


Dua sebab selulit terjadi pada wanita:

1. Wanita menyimpan lemak pada bahagian bawah badan, kaki, perut dan punggung

2. Wanita lebih kerap mengalami masalah kitaran dan sembab air (fluid retention)



Di sesetengah bahagian selulit terbentuk, ia seakan ‘tersumbat’ (blockage). Misalnya di kawasan pinggul. Senaman memiliki impak kecil untuk menyingkirkan lebihan lemak itu. Diet pula membuat berat badan seseorang susut tetapi tidak untuk bahagian tersumbat itu.

Susut berat badan membuatkan pipi kelihatan cengkung, payudara mengendur dan bahagian atas tubuh seakan mengecil tetapi bahagian pinggul masih kekal begitu. ia penanda bermulanya ‘lingkaran sebab akibat’ (vicious cycle).

Lingkaran sebab akibat bermaksud, kerana merasa tiada perubahan, wanita kembali makan mengikut sesuka hati dan berat mereka bertambah berganda berbanding sebelum berdiet. Cubaan menurunkan berat badan yang bersifat ‘on-again’ dan ‘off-again’ sebenarnya meningkatkan lagi beratnya. Penambahan berat menyebabkan risiko terhadap penyakit kardiovaskular terjadi, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Taburan lemak pada tubuh wanita dan lelaki juga berbeza-beza (sex-specific fat distribution). Secara purata, perempuan lebih banyak lemak dan ia ditunjukkan menerusi “gynoid pattern collection”, iaitu tertumpu di paha, punggung, pinggul dan dada. Lelaki pula, lemak terbentuk di “android pattern collection” yang tertumpu di perut dan dada.

Kaedah sedut lemak mungkin prosedur kecantikan paling popular selepas botox. Walaupun diakui boleh mengecilkan, merampingkan dan membetulkan masalah kontor tubuh di perut, dalam dan luar paha (saddle bags), lengan, pinggang tetapi ia dianggap oleh beberapa pihak sebagai bukan rawatan terbaik untuk selulit.

Kalori yang bertukar menjadi lemak dan berada dalam lapisan dalam kulit sukar tidak boleh dibuang sepenuhnya menerusi pembedahan. Sedut lemak juga menelan belanja yang besar dan ia hanya untuk mereka yang sihat. Bagaimanapun, jika anda mahu cantik, sanggup berbelanja besar dan mahu mencuba, tepuk dada tanyalah selera.

Cara terbaik menyingkirkan selulit, kurangkan pengambilan makanan berkalori. Amalkan diet bersesuaian dengan gaya hidup dan pastikan mempunyai berat ideal. Lakukan senaman, aerobik misalnya. Ada nutrisi tertentu yang boleh anda ambil untuk menentang selulit dengan menstimulasikan pengeluaran lemak, kitaran darah dan saliran limfa. Atau anda mungkin boleh mencuba krim anti selulit. Paling penting, mulakan sebelum selulit mula mengganggu penampilan diri.

Lapisan lemak
Ada dua lapisan lemak berbeza iaitu lemak luaran dan lemak simpanan dalaman. Lemak luaran adalah normal dan tidak boleh disingkirkan manakala lemak simpanan dalaman adalah lemak berlebihan.

Justeru, selulit adalah gangguan tisu lemak yang berada di bawah kulit di bahagian bawah tubuh. Semua orang memiliki lapisan tisu lemak di bawah kulit yang bertindak seperti kusyen melindung dari tumbukan dan pelanggaran (bumps), memberi rasa selesa dan memberi kita ‘kelembutan’ yang berkaitan dengan sifat kewanitaan.

Tetapi terlebih makan makanan berkalori adalah punca utama pembentukan selulit. Diet dan senaman boleh membuang lemak lebihan di permukaan lapisan lemak tetapi bukan lemak yang tersimpan dalam lapisan dalam.

Walaupun sudah menjalani pembedahan kontur tubuh, selulit boleh muncul lagi jika tiada senaman.

Tahukah anda, dengan pemakaian full set of;
Premium Beautiful mampu menghilangkan selulit
di celah paha, bawah punggung anda?
 Yes, it's proven that Premium Beautiful mampu menghilangkan kulit kedut-kedut tu.
How?
As you know that, dengan pemakaian
 Premium Beautiful secara konsisten akan
membakar kalori anda sebanyak
900 kalori dalam masa 1 jam.
 So, bayangkan kalau anda memakai
Premium Beautiful setiap hari selama
8 jam every day, consistently?
Memang lama kelamaan lemak di bawah punggung
and celah paha tue akan menjadi pejal and firm.
 So, that's why selulit akan hilang.

So, HELLO-HELLO utk FREE consultation berkenaan masalah ini...


Untuk keterangan lanjut hubungi : AWANG ZULFIKAR@ 013 568-8660

Ahad, 22 Januari 2012

Selamat Hari Naga Cina.

To All My Chinese Friends ;



Wishes you a 
Happy and Prosperous Dragon Year 2012

'' Gong Xi Fa Chai ''

Minta maaf la ye.. gambar dragon aku la tu..haha
 

Dunia Cinta Penuh Ilusi

As salam
Sahabat blog
Sahabat semua..

Percaya tak bila kita sukakan seseorang apa yang dia lakukan, katakan, akan jadi hiburan buat kita bahagia, tapi bila sayang makin pudar kita pasti cari kesilapannya, kata-katanya pastinya jadi  sesuatu yang membosankan? Percaya tak??

Itu lah namanya hidup. Kalau kita suka nak hidup semua benda yang ada dalam hidup akan jadi senang dan seronok didepani, kalau tak suka nak hidup semua benda jadi susah dan menyakitkan hati. Betul tak ?

Mahunya tidak, sesekali ambil contoh si penagih,
'' nak buat cemana, yang awak nak jadi penagih dadah tu pasal apa ?? ''Bidang ni memang akan selalu dijadikan contoh kita. 


Si penagih tu memang tak suka nak hidup sebab dia dah rosakkan hidup dia sendiri. Cuba kalau dia sukakan hidup, dah tentu dia akan penuhkan hidup dia dengan macam-macam perkara yang boleh mendatangkan keuntungan baik dari segi kewangan mahupun sebaliknya  
( yang baik2 ler).

Macam orang tengah bercinta la. Waktu bercinta kalau boleh nak hidup lebih lama, sebab syok sangat rasanya. Tapi kalau tengah putus cinta rasanya nak mati masa tu jugak..hehe.. Pasal tu orang bunuh diri bila frust bercinta. Tapi tak da pulak orang bunuh diri waktu tengah syok bercinta ??hehe.. jangan marah, umpama, contoh, teladan je..

Sekadar berkongsi cerita..

Sabtu, 21 Januari 2012

Di Mana-Mana adaNya Dia.

Mudah merasa Allah ada ketika solat, tetapi ketika ingin bermaksiat, bagaimana?
Bukan mudah untuk merasai Allah sentiasa mengawasi kita 24/7 dalam kehidupan kita. Rasa Allah sentiasa Mengawasi.Dalam bahasa Arabnya, disebut muraqabatullah.



Tahu Allah Maha Memerhati dan Maha Mengawasi.
Tahu Allah itu sentiasa ada, tidak pernah mati.
Tetapi, kadang-kadang tindakan kita selalunya tidak menampakkan seolah-olah kita merasai Allah Maha Mengawasi.
Mudah merasai pengawasan Allah bila berada di tengah ramai, tetapi bila seorang diri, Allah baginya seolah-olah tidak wujud lagi.
Mudah merasai pengawasan Allah ketika berada dalam terdesak dan kesusahan, tetapi ketika senang dan lapang, Allah pun ditinggalkan.
Adakah Allah hanya wujud ketika kita bersama dengan kawan-kawan yang soleh sahaja?
Atau adakah Allah hanya wujud ketika solat, ketika kita benar-benar terdesak?
Adakah Allah tidak wujud pada waktu-waktu lain?


YANG MERASA LONGGAR DENGAN PENGAWASAN ALLAH, INGATLAH YANG ALLAH SENTIASA CEMBURU
Ramai yang tahu Allah Maha Memerhati. Tetapi berapa ramaikah yang benar-benar merasai dan menjiwai pengawasan Allah itu 24/7?
Kadang-kadang, bila berada dalam suasana yang soleh, suasana yang wujudnya peringatan, jiwa kita seolah-olah terasa begitu dekat dengan Allah. Tetapi, bila pulang ke rumah, tidak ada suasana-suasana yang mengingatkan, kita pun merasa longgar daripada ikatan dengan Allah.
Dalam solat, mampu mewujudkan perasaan Allah Maha Mengawasi. Tetapi, bila keluar daripada solat, perasaan itu seolah-olah tidak pernah wujud.
Di celah-celah kelonggaran ikatan kita dengan Allah itulah, syaitan sentiasa mengambil peluang untuk menjauhkan lagi kita daripada Allah. Maka, kita kembali bermaksiat kepada Allah ketika seorang diri. Kita kembali melazimi diri dengan dosa setelah keluar daripada solat.
Mampu menjaga Allah ketika dalam solat, tetapi gagal menjaga Allah pergaulan dan percakapan.
Mampu merasa Allah ada ketika dalam suasana soleh, tetapi gagal merasa Allah ada ketika menonton movie, ketika melayari internet.
Ingatlah yang Allah itu sentiasa cemburu dengan hamba-Nya. Kehidupan yang Dia anugerahkan, tetapi kita habiskan majoritinya untuk dosa dan maksiat. Kita jauhkan kehidupan kita daripada pengawasan Allah.
Allah pun merasa cemburu terhadap kita. Bagaimana?
Dalam satu hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang mafhumnya : ‘Sesungguhnya Allah Taala itu cemburu dan kecemburuan Allah Taala itu ialah apabila seseorang manusia mengerjakan apa-apa yang diharamkan oleh Allah ke atasnya.’


ALLAH ITU SENTIASA ADA KETIKA KAU INGIN BERMAKSIAT
Ketika ingin bermaksiat, ingatlah balasan yang akan menimpa dirimu di akhirat nanti. Api neraka dengan kepanasannya yang menggelegak sentiasa menunggu hidangannya. Buah zaqqum dan cairan tembaga yang nantinya akan menghancurkan isi perutmu.
Ketika ingin bermaksiat, segeralah detikkan pada hati yang Allah sedang Memerhati. Jika masih ada rasa untuk bermaksiat, maka kita memang telah bersedia untuk menanggung seksa kubur, dibelit ular, disengat kala dan disebat malaikat sehingga terbenam ke dalam bumi.
Dengan segalanya yang telah Allah berikan untuk kita layakkah kita membalas Allah dengan dosa-dosa kita yang mengenepikan Allah di waktu-waktu senang kita?
Lalu fikirkan pula, setelah kita sentiasa melupakan Allah, maka ketika saat terdesak, ketika tidak ada siapa yang mampu menolong melainkan hanya Allah, maka apakah layak bagi kita untuk memohon pertolongan dari-Nya ketika itu?
Ingatlah yang Allah sentiasa ada, tidak pernah mati. Allah yang kita sembah ketika solat, adalah Allah yang sama melihat kita ketika ingin bermaksiat.
Allah sentiasa kekal tidak pernah fana.
Kalau menunggu terdesak, baru hendak merasa Allah ada, baru hendak kembali kepada Allah, bimbang kita akan jadi orang yang tidak mempunyai kesempatan untuk kembali seperti Firaun.
Sementara kesempatan masih ada, maka segeralah perbaiki.


Sumber ;MyIbrah.com

Rabu, 18 Januari 2012

Premium Beautiful



As salam
as salam sahabat niaga
as salam sahabat blog
as salam sahabat-sahabat..

Sori lerr, kali ni entry seksi sikit...hehe..
Tapi tak pe kan, untuk kesihatan.. banyak yang dah cuba..korang bila lagi..hehe


Tahu tak apa itu Premium Beautiful ?

Premium Beautiful ialah korset no. 1 di Malaysia yang telah banyak membantu wanita2 Malaysia menyelesaikan masalah serta mengembalikan semula kecantikan, keyakinan dan kesihatan mereka pada tahap yang paling optimum.
It is not just a normal corset, but:
  • Fokus 70% untuk kesihatan dalaman dan luaran. 30% untuk pembentukan badan, dan confirm 100% keyakinan kepada wanita.
  • Help to improve blood circulation and to maximise kadar metabolisma dalam badan.
  • Yang paling best, It’s comes with a LifeTime Waranty. Means, any damage, just send for repair and it is FOC.
  • It is a SUPERBRANDS product awarded by Majlis Superbrand Malaysia. Maknanya Premium Beautiful sangat berkualiti tinggi dan terlaris di pasaran.
  • Recommended by ACA (American Chiropratic Association)
  • Pengiktirafan daripada Pakar Sakit Belakang daripada USA, Kubex dan Kanada.
  • Fabrik Akwatek dan Aquadyne yg selalunya di gunakan untuk baju angkasawan dan juga Skuba Diver.
  • Fabrik yang boleh menstabilkan suhu badan. Kalau suhu persekitaran panas, PB mampu menyejukan badan. Kalau suhu persekitaran sejuk, PB mampu memanaskan badan si pemakai. Hebat kan…
Menyah-bau badan si pemakai. So, tak perlu lagi lah kita mandi dengan air limau purut semata2 nak menghilangkan bau badan
 

Terdapat dalam 3 siri iaitu:
  • SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PAYU DARA - Yang tak ada, Boleh bagi ada. Yang dah ada, Kasi tambah lagi. Yang tak dalam, Boleh bagi dalam lagi.
  • SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGAN - melangsing dan membentuk kontur pinggang agar kelihatan lebih ramping,
SIRI PEMBENTUKAN KONTUR PINGGUL - mengempiskan perut yang buncit dan membentuk kontur pinggul agar lebih menarik dan montok.

 

Keistimewaan F.I.R (Far Infrared Rays)
  • memperbetulkan aliran darah dalam tubuh
  • meningkatkan kadar metabolisma
  • memperbetulkan dan memulihkan sistem pernafasan
  • mengelakkan pertumbuhan bakteria
  • mengeluarkan peluh asid
  • mengalakkan tumbesaran lebih teratur
  • mengekalkan kesegaran badan
  • mengurangkan kandungan asid dalam darah

  • menghilangkan kesakitan pada tubuh badan @tempat yang sakit
  • tidur lebih selesa dan nyenyak
  • menghilangkan bau badan
  • menghilangkan kulat dan fungus
  • membersihkan udara dalam badan
  • mengekalkan kepanasan suhu badan
  • menghalang pembiakan sel kanser dalam badan
  • membetulkan sistem urat saraf dalam badan secara automatik

Dan yang paling penting..

JAMINAN SEUMUR HIDUP!!!!!!!!!
 
 Dan Untuk Pengetahuan & Info Menarik.

Kebanyakan wanita yang menghidapi BARAH PAYUDARA tidak menyedarinya diperingkat awal dan hanya sedar setelah BARAH tersebut sudah diperingkat kritikal.
Premium Beautiful terbukti boleh membantu mengesan dan mencegah daripada berlaku pertumbuhan BARAH dari peringkat awal lagi. Anda akan terasa sakit pada payudara pada kali pertama pemakaian Premium Beautiful, sekiranya anda menghidapi barah payudara walaupun pada peringkat awal. Dan ini menandakan anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Kajian mendapati, air susu ibu (manusia) yang disimpan dalam bekas yang ditutup selama beberapa hari akan menghasilkan ULAT HIDUP.
Berbeza dengan susu sapi/lembu yang akan bertukar menjadi KEJU setelah disimpan beberapa hari.

haaaaaaaa.. apa macam?? 
nak tahu lebih lanjut??
orang tua boleh (perempuan ye), gadis, aweks, dah kawin belom kawin boleh.. 
meh la try test...

Helo-helo sama saya ;
013-568-8660

Your Comment/ Komen Anda