nuffnang ads

Jumaat, 30 Disember 2011

Matlamat 2012??

Artikel pilihan: 11 Langkah Mencapai Apa Sahaja Matlamat 2012 ANDA!

Oleh: Irfan Khairi

1:  Keinginan
 
Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.
Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.
Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.
Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.


2: Keyakinan
 
Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini "Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu"
Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!
Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.
Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub... anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai... anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.
Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!
Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.

3: Tulis matlamat anda
 
Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.
Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.
Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!

4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi
 
Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.
Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya...

5: Cermin kan diri sendiri
 
Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.
 
Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.
 
Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.
 
6: Tetapkan deadline
 
Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?
 
Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri... oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!
 
Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja... berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
 
7: Ketahui rintangan
 
Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.
 
Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.
 
Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.
 

 
8: Ilmu tambahan
 
Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.
 
Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?
 
Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua  yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.
 
9: Perancangan
 
Kata pakar motivasi "Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal"
 
Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.
 
Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?
 
Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.
 
Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.
 
10: Bina gambaran
 
"A picture paints a thousand words". Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.
 
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
 
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!
 
11: Janji pada diri sendiri...
 
Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.
 
Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.
 
Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!
 
Selamat beramall..
semuga semuanya  berjalan seperti yang di rancangkan..

Rindu la.., Wazien & Mama

As salam.. 
Hari ni 2nd day at M01 Complex,
Cuaca dari Miri semalam cerah banget..
Sesudah nak landing time hujan ribut pulak..
Takotnyee..

Sesudah sampai sejok pulakk..
Huahuhauha..
Tapi seronok pulakk..
Jumpa member-member lama..

Malam pUn tidur keseorangan..
Rindu Wazien
Rindu Intan
Rindu semua..

Baju pinjamm..hehe















Lama dah tak screen patient, lupee pulak..
Hehe..
Kena catch up balik..
Update balik..

Minggu ni bizi memanjang ja..
Kalau tak d ofice, di tmpt keja pon sama..

Takpa tu, ujian dariNya..

Pagi ni baru dapat on9 dengan sepenuh rasa..
Dari semalam raging jak-jak..
Nasib baek ada member tolong..

Awang Mohamed Ariff, terima kasih ya pak..
Hehe...
Jasamu tetap di kenang..
hahaha..
Nanti aku belanja roti canai jak..kihkihkih..


Ok la, masa nak makan......
Bismillahhirrahmannirrahim,,,,,,,,,,,......
Layann......
Tak semayang Jumaat le hari ni... Zohor la jawabnya..

Rabu, 28 Disember 2011

3 Cara Mencari Idea Perniagaan

Artikel pilihan: 3 Cara Mencari Idea Perniagaan
Oleh: Irfan Khairi

Sebagai seorang usahawan, kita perlu mempunyai banyak idea. Idea mencari perniagaan baru, idea memberi inovatif kepada perniagaan sedia ada, idea mendapatkan strategi dalam memasarkan produk kita, dan sebagainya idea...
Ramai kenalan saya sering kata "IK ni memang banyak idea". Memang betul pun, saya sendiri rasakan saya selalu mendapat idea bernas dalam perniagaan.
Tetapi, ada juga yang kurang mendapat idea dalam perniagaan. Nak dapatkan idea... memang susah! Apatah lagi idea yang baik. Sering kali mereka ni katakan diri mereka "tak kreatif".
idea.jpg
Sebenarnya, mendapat / mencari idea adalah satu skil yang boleh dipelajari.Bukannya semua orang dilahirkan terus mempunyai banyak idea. Tetapi, idea adalah satu kemahiran yang dipelajari.
Berikut adalah beberapa tips dalam mendapatkan idea:
  1. Berlatih mendapatkan idea! Mereka yang kurang dapat idea adalah mereka yang kurang cuba fikirkan idea. Lebih banyak kita cuba mencari idea, lebih banyak idea akan datang. Practice makes perfect. Selalu fikirkan idea tak kira sama ada ianya idea yang baik ataupun tidak.Dengan melatih minda kita selalu berfikir dan mencari idea, lebih mudah anda akan mendapat idea pada masa yang akan datang. Seperti bersenam, senamkan minda anda dalam mencari idea. Perlu selalu lakukannya!
Thomas Edison pernah berkata "The greatest invention in the world is the mind of a child". Cuba kita lihat kanak-kanak. Mereka tidak meletakkan had pada diri sendiri. Tidak risau dan takut melakukan sesuatu kerana "proses pembelajaran". Tetapi, bagi kita yang telah dewasa, sering meletakkan had dalam kepala kita. Itu tak boleh... ini tak boleh... itu susah... ini susah... segala had pada pemikiran kita sebenarnya menghentikan idea dalam diri kita berkembang.Sering saya nasihat di talk saya bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, cari idea perniagaan dan jangan fikir sama ada anda boleh lakukannya, atau mana nak cari supplier, atau mana nak cari pelanggan...just bebaskan fikiran kita dari had-had yang ada.. dan fikirkan idea!

  • Banyak membaca! Sering kali idea-idea datang dari pembacaan. Seperti membaca blog ini... pernah tak anda mendapat idea? Ketika membaca akhbar... pernah tak dapat idea? Ketika membaca majalah... pernah tak dapat idea? Atau membaca di Internet? Pastinya pernah!Melalui bacaan, lebih banyak idea kita akan dapat. Tetapi, masalahnya ianya dikatakan budaya membaca adalah amat kurang di Malaysia. Mungkin sebab itu juga kita kurang mendapat idea. Lebih banyak input (melalui bacaan), lebih banyak output (idea-idea bernas) akan tercapai. Tanamkan tabiat membaca dan ini juga akan menanamkan tabiat mencari idea dengan sendirinya.

  • Selalu berfikir, jangan letakkan had di minda dan selalu membaca adalah kunci asas dalam mencari idea!


    selamat beramal...
    sebagai perkongsian......

    Isnin, 26 Disember 2011

    Semah..Sedapp.

    as asalam..
    apo kabarr??
    lama tak update entry baru..
    bizi,busy,gagau,sibuk, & sewaktu dengannya..


    Nak cerita sikit ;
    Ikan semah, nama lain aku tak tahuu..
    Sedap, lemak berkrim lagi lazatt...
    Dah lama aku tak makan ikan ni,

    Dulu kerja kat pedalaman memang selalu makann..
    Harga ikan ni pun buleh tahan.
    Yang ni aku dapat free je.
    Apa lagi, balunn lerr..

    Tapi sebelum tu kasi fire dulu.. walaupun ikan fresh dari sungai...
    Lupa nak ambek gamba fire tadi..



    masak simple jak, tapi sodap.....

    kalau cef mastercheff tengok ni kompom out punya..haha

    1 masak kukus, 1 lagi masuk oven.. dua2 pun sodap..

    Dulu aku salu makan ikan ni.. 
    Masa tu pun free gak...
    Biasa la orang kampung..
    Bukan rasuah...
    Buat baik berpada-pada,
    Buat jahat jangan sekali..

    Maksudnya ;
    pandai bawa diri, 
    ada la barang free..
    haha...

    goreng pun sodap..

    Kenangan Flying Doctor Servic 2010. Highland of Borneo, Long Lellang.



    Baiklah, saja nak kongsi cerita..
    Nanti melalut pulakk...

    Selasa, 20 Disember 2011

    Cari Makann

    as-salam..

    malam ni nak cari makan.
    tak yah pk negatif yee..
    cari makan nak isikk perut.
    ehehehe..

    dah tak reti nak masak...
    main tunjuk jer..

    sapa-sapa ada idea nak makan apa
    mehh la bagi cadangan bro..

    nak join? bley.. tapii bayar sendiri..huahuhau

    baek lah, nak makan dulu..

    bismillahhirrahmannirrahimm....

    Ahad, 18 Disember 2011

    Dato Hussamuddin

    Apabila menjalankan perniagaan, pada mulanya ramai yang bermula seorang diri (kecil-kecilan). Seperti Dato Hussamuddin, pengasas Kumpulan Karangkraf (penerbit majalah terbesar di Malaysia). Tetapi, apabila perniagaan berkembang, pastinya kita akan menambah juga pekerja untuk melancarkan lagi kerja dan menambahkan lagi keuntungan.

    Perniagaan saya Irfan Khairi Sdn Bhd dikira perniagaan kecil-kecilan dengan hanya kurang dari 5 pekerja (ketika ini). Pada asalnya saya menjalankan perniagaan Internet seorang diri. Tetapi,
    sering saya kagum dengan syarikat-syarikat besar yang mempunyai beratus... atau beribu pekerja! Jadi, soalan saya kepada Dato Hussamuddin dalam Mentor Jutawan  adalah berikut...
    **********

    IK: Apa success principle Dato'? Sebab saya pergi ke Karangkraf, memang sangat ramai pekerja dan bagaimana Dato' handle ramai pekerja?

    Dato' Hussamuddin: OK, di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.

    Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Sebab itu, 30 majalah dan 1 suratkhabar yang kami buat, sekarang kami buat trend baru, Sinar Harian Kelantan, Sinar Harian Terengganu, Sinar Harian Pahang, dan Sinar Harian Selangor. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.

    Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.

    **********

    Ulasan jawapan: Pastinya perniagaan anda juga satu hari nanti memerlukan pekerja, oleh itu, tip dan strategi Dato Hussamuddin adalah sangat-sangat berharga!

    Saya juga pernah menyebut terdapat banyak tip-tip tersirat dalam jawapan mentor-mentor jutawan ini. Melihat jawapan di atas, anda nampak tak apa yang tersirat? Sekiranya tidak, saya akan sebutkan...

    Perasan tak Dato Hussamuddin menggelarkan pekerja-pekerjanya "Karyawan". Walaupun saya menyebut "Pekerja". Ini menunjukkan tahap penghargaan Dato Hussamuddin kepada pekerja-pekerja/karyawannya. Next time bila anda baca semula Mentor Jutawan, baca perlahan-lahan
    dan cuba dapatkan tip-tip tersirat mentor-mentor jutawan anda!

    Teringat saya kepada Mr. Walt Disney (pengasas Walt Disney / Disneyland). Beliau menggelarkan pekerjanya sebagai "Cast members" dan bukan employee!

    Sedikit Perkongsian

    Sedikit ekstrak Irfan Khairi Bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah

    IK: Saya lihat perniagaan Dato' 'Excel Training & Consultancy' amat berjaya Alhamdulillah. Apa tips untuk jadikan perniagaan itu berjaya?

    DDFK: Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita
    jadi yang pioneer... (edited)

    IK: Pada pendapat Dato', di Malaysia ini, ada tak banyak ruang untuk memulakan perniagaan yang baru (pioneer)?

    DDFK: Masih banyak lagi. Saya baru masuk kedai Sup and Bun. Perniagaan yang simple sahaja. Sup Ekor dan roti.Tapi oleh kerana presentation yang luar biasa ramai yang berkerumun. Apa yang kita buat sebenarnya boleh menjadi pakar, tetapi dengan syarat mesti kreatif, mesti luar biasa, mungkin produknya sama, cuma pakejnya berbeza. Kita cuma inovasi, dan ia akan menjadi luar biasa. Dan untuk mendapat inovasi, kena mendapat ilham dari Allah, kena buka
    pintu hidayah, dan bersihkan hati kita luar dan dalam... (edited)

    **********

    Ulasan jawapan DDFK: Saya ingin DDFK dedahkan apa yang membuat perniagaannya (motivator/trainer) berjaya sehingga beliau menjadi motivator #1 di Malaysia, dan secara telus DDFK menjawab, menjadi pioneer! Begitu juga dengan saya katanya.

    Sememangnya menjadi pioneer, atau pertama dalam industri akan memberi pulangan yang lipat kali ganda kepada anda. Namun, soalan utamanya adalah, adakah lagi ruang untuk menjadi pioneer? Sudah tentu ada! Jawapannya adalah dengan mencari niche sendiri. 

    Jumaat, 16 Disember 2011

    Billi Lim

    Sumber; RahsiaInternet.com
    By; Irfan Khairi

    IK: Billi, boleh jelaskan how to use failure as a stepping ston towards success?

    Billi Lim: Pada saya 'When you lose, don't lose the lesson'. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.

    Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates 'What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab 'I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don't want him to fail in my company, so he must fail in other people's first!

    Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!
    **********

    Selain daripada nasihat-nasihat Billi Lim mengenai kegagalan, dalam Mentor Jutawan, ada berbagai-bagai kisah kegagalan Jutawan-jutawan di dedahkan. Dan bagaimana mereka menyusun strategi, yang anda sendiri boleh ikut, untuk mencapai kecemerlangan. Bagaimana saya gagal dalam perniagaan Internet, bagaimana Azizi Ali gagal dalam perniagaan kedai muziknya, bagaimana Chef Li gagal dalam 2 perniagaan makanannya sehingga hampir muflis!

    Apa kata jadikan kisah-kisah kegagalan ini sebagai sumber inspirasi & motivasi untuk anda capai kejayaan anda juga.

    Khamis, 15 Disember 2011

    kisah semalam

    Semalam pagi hari yang cerah , kiranya nak naik Honda turun kerja..
    sekali sekala tukar selera. Hari-hari naik M5.
    Dah comot oleh kerana musim hujan.

    Macam biasa panaskan engin,
    Lama tak start, sejuk agaknya..
    Pagi-pagi turun kerja memang jaimmed
    Naik Honda senang sikit, kecik

    Tayat tak check, singgah petrol station kejap, top up angin..ngee..
    ayaa.. tak masuk pulak hangin ni.. last-last terus kurang angin. hangin aku dibuatnya.
    Ada sorang mamat kat sebelah aku yang ikut sama pam tayar tu tolong tengok aje..
    Tukar pam yang lain pun sama gak, berpeluh aku dibuatnya..
    Jam dah lewat ni, last-last jalan saja la.

    Dalam ke'jaimmed'an tu ada orang hon dari belakang.
    Tengok-tengok mamat tadi suruh berenti kat tepi.
    Ingatkan apa, dia kasi pump basikal tuhh..
    Wahh.. ada juga HambaAllah yang baik hati ni..
    Nasib badann,, aku pam je la..
    Haaa.. baru la steady bawakk laju..

    sempat jugak berkenalan, tapi yang tak best nya lupa mintak phone number..

     '' keje mane ? ''
    '' keje kontrak kat airport "
    " ooo..''
    '' aku dulu pun sama gak, pam-pam tak masuk angin ''
    '' dia punya _ _ _ _ _ _ tu yang pendek, tu la tak masukk "
    '' ooo ye ke? ''
    '' terima kasih la bro ''

    Smart gaya mamat ni.. kerja Immigration agaknya.. macam kenal baju tuh..
    Kalau tak, hemm... basah ketiak aku.. Honda ni 2 tayar je, Honda Icon tu..haha
    Last-last sampai gak aku kat tempat kerja..
    Alhamdulilah...

    Petang nya aku tengok steady lagi tayar tu..
    Apa lagi... pecut la bro...

    Tu la ada M5 tak nak naik.. nasib tak hujan.. kalau hujannn...



    Pengajaran;
    Ada gak orang baik hati macam tu.. harap banyak lagi la. Ada masa kita, ada masa orang. Allah saja yang tahu. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Orang cakap jauh; perjalanan luas pemandangan. Orang cakap; kalau dah jauh berjalan, jangan lupa tempat asal, walaupun negeri China. Tak gitu???

    MasterChef..

    Sumber : RahsiaInternet.com
    By; Irfan Khairi

    Hari ini kita kongsi bersama sedikit preview dari temubual bersama Chef Li apabila saya bertanyakan mengenai idola. Bagi peminat buku-buku Chef Li, pasti tahu Chef Li sering tekankan kepentingan idola atau mentor!

    Chef Li
    : (Kita perlu) Idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila
    kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi
    kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.

    Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata:

    "dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah!"

    Tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya:

    "Aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran"

    Dia akan tanya "Berapa jualan engkau sekarang?"

    "Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus"

    Jawabnya pula
    "Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh
    saja".

    **********

    Ulasan jawapan Chef Li: Very straight to the point, kita perlu kelilingi diri kita dengan kawan-kawan yang menyokong dan memahami usaha kita. Kalau kita sendiri yang mendampingi dan memilih mereka yang tidak menyokong kita, maka, ia dengan sendirinya menjatuhkan
    semangat dan usaha kita.

    Lebih baik kita yang lakukan pilihan untuk mendampingi mereka yang sering menyokong seperti kenalan-kenalan usahawan yang lain :)
     

    selamat beramall...

    Rabu, 14 Disember 2011

    Mentor : Azizi Ali

    Sedutan temubual Irfan Khairi bersama Azizi Ali

    IK: Azizi ada satu lagi rahsia jutawan yang saya ada aplikasikan sekarang iaitu 'aliran pendapatan berganda'. Di mana dalam bahasa Englishnya adalah 'multiple streams of income'.

    Apakah maksudnya dan bagaimanakah kita nak gabungkan 'after burner income' dan 'multiple streams of income'?



    AA: Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya 'multiple streams of income'. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.

    Sebagai contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.

    Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu 'Multiple sources of Income'. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat 'after burner income' di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.
    **********

    Ulasan jawapan Azizi Ali: Bukan lagi rahsia, anda cuma perlu lihat mana-mana jutawan, pastinya mereka mempunyai MSI "Multiple Source of Income". Ia adalah cara untuk menggandakan pendapatan anda dengan cepat. Seperti saya sendiri kini, memiliki perniagaan online, perniagaan offline, sewa hartanah, royalti buku, jemputan ceramah dan sebagainya.
     
    SEKADAR PERKONGSIAN..
    SUMBER; Rahsia Internet.com

    Isnin, 12 Disember 2011

    Wazien 4 bulan

               
    Alhamdulilah, usia 4bulan, kenakalan menyerlah

    Dah start...

    Hasilnya........                            

    yang ni masih steady..

    Dah boringgg....     


























    sekadar hiburan...

    .Gagalll;..... FrustNya

    Artikel pilihan: Gagal dalam perniagaan... FRUSTNYA!
    Oleh: Irfan Khairi
    falling.jpg
    Mengapa kita jatuh?

    Baru-baru ni ada kenalan saya memberithu beliau terpaksa menutup perniagaannya. Memang sedih... siapa tak sedih bila perniagaan yang diusahakan gagal bukan? Apa nasihat saya?
    • Kegagalan perniagaan adalah biasa. Walaupun 9/10 rezeki datang dalam perniagaan, tetapi 9/10 perniagaan gagal. Bukan untuk menakut-nakutkan anda yang ingin berniaga, tatapi, sememang hakikatnya. Jangan risau kalau perniagaan pertama kita gagal. Atau perniagaan kedua. Atau perniagaan ketiga pun gagal... atau perniagaan ke empat... ke lima... ke enam... dan seterusnya! Janji jangan berputus asa oleh kerana sekiranya rezeki kita di situ, pastinya perniagaan kita akan berjaya juga satu hari nanti

    • Gagal selepas berusaha tak mengapa. Jangan gagal sebelum berusaha! Ertinya, tidak mengambil langkah pertama kerana "takut". Sebabkan takut kegagalan, kita tak mulakan perniagaan. Tetapi, kalau berniaga dan kita gagal pula, ianya bukan satu masalah. Malahan, dalam kegagalan tersebut pastinya kita telah pelajari suatu yang amat penting. Satu ilmu yang tidak boleh di beli dari mana-mana... cuma dari pengalaman!

    • Pastinya ada hikmah sebalik kegagalan tersebut. Yakin bahawa bila pintu rezeki tertutup, pasti ada tingkap lain terbuka. Mungkin rezeki kita bukan pada perniagaan itu. Mungkin pula rezeki kita dalam perniagaan lain. Apa pun, segala apa yang terjadi, pastinya terdapat hikmah yang lebih baik disebalik kegagalan tersebut.


    Teringat saya filem The Dark Knight. Bruce Wayne (masa kecik) bertanya, "Why do we fall?", dan jawapan yang dia dapat adalah "Because we can learn to pick ourselves up again!"


    • So, don't worry. Be happy... tak mengapa untuk frust. Biasalah, siapa tak frust cita2 yang kita idamkan belum kecapaian. Tetapi, apa yang penting bukanlah kegagalan tersebut, tetapi, bagamana kita bangun selepas kegagalan.

    Jangan Menunggu

    JANGAN MENUNGGU Boleh baru lakukan!
    TAPI Lakukanla
    h!!! Anda Pasti Boleh!!!...

    JANGAN MENUNGGU bahagia baru tersenyum.
    TAPI tersenyumlah, maka anda semakin bahagia..

    JANGAN MENUNGGU kaya baru bersedekah.
    TAPI bersedekahlah, maka anda semakin kaya..

    JANGAN MENUNGGU pasangan yang sempurna baru menikah.
    TAPI menikahlah, maka kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu..

    JANGAN MENUNGGU dimotivasi baru bergerak.
    TAPI bergeraklah, maka anda akan termotivasi..

    JANGAN MENUNGGU dipedulikan orang baru anda peduli,
    TAPI pedulilah dengan orang lain! maka anda akan dipedulikan…

    JANGAN MENUNGGU orang memahami anda baru kita memahami dia,
    TAPI fahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan anda..

    JANGAN MENUNGGU terinspirasi baru menulis.
    TAPI menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu...

    JANGAN MENUNGGU projek baru bekerja.
    TAPI bekerjalah, maka projek akan menunggumu...

    JANGAN MENUNGGU dicintai baru mencintai.
    TAPI belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai...

    JANGAN MENUNGGU banyak duit baru hidup tenang,
    TAPI hiduplah dengan tenang, Insya Allah bukan sekadar duit yang datang..

    JANGAN MENUNGGU contoh baru bergerak mengikuti.
    TAPI bergeraklah, maka anda akan menjadi contoh yang diikuti..

    JANGAN MENUNGGU berjaya baru bersyukur.
    TAPI bersyukurlah, maka bertambah kejayaan kamu...

    JANGAN MENUNGGU boleh baru melakukan,
    TAPI lakukanlah! anda pasti boleh!...

    JANGAN gagal mencuba
    TAPI biar mencuba tapi gagal..

    JANGAN Berkata “Ya Tuhan! Masalahku sangatlah Besar!”
    TAPI katakanlah “Wahai Masalah!! Tuhanku sangatlah Besar!!”..


    sekadar perkongsian,



     

    Ahad, 4 Disember 2011

    Majlis Persandingan DSM Awangku Mudhi serta isteri Nurul Huda

    Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

    ENCIK LADI BIN UTEH @ LAZIE BIN UTEH
    serta isteri
    PUAN BONIYAH BINTI HAJI PENGIRAN TAMBEK
    seisi keluarga
    Dengan segala hormatnya dan rasa kesyukuran 
    mempersilakan

    YB/Datuk/Datin/Tuan/Puan
    serta keluarga
    Hadir ke Majlis Persandingan pasangan

    Awangku Mudhi Bin Pengiran Bakar
    dengan pasangannya
    Nurul Huda Binti Ladi @ Lazie


    pada 

    Ahad, 4 Disember 2011 bersamaan 8 Muharram 1433H
    jam
    10.00 pagi
    Bertempat di
    Dewan Masyarakat Kampung Pinang Jawa/Gita,
    Jalan Matang, Kuching.

    Semoga dengan kehadiran dan doa restu hadirin sekalian akan menyerikan lagi majlis ini
    serta diberkati Allah SWT.


    Ya Allah Ya Tuhan Kami

    '' Kami memohon restuMu
    Berkatilah majlis ini semoga
    berjalan dengan sempurna sepertimana 
    yang engkau kehendaki, Limpahkanlah 
    barakah dan rahmat jua keampunanMu
    kepada pasangan mempelai ini, jadikanlah
    rumahtangga mereka sakinah, mawaddah dan
    warahmah dalam ketaatan terhadapMu.
    Kurniakanlah mereka zuriat
    yang soleh dan solehah ''

    ...amin..


     

    Sabtu, 3 Disember 2011

    Nakal - Fiqarni Wazien

    Dah masuk 4 bulan. nakalnya bukan main...  




    Tak sempat nak rotate, bermain tatkala orang bangun subuh..hehe


    Melawak di awal pagi..haha


    Geramm....


    nama saya wazien..hhehehe


    Jangan menangis yaa........


    Anugerah terindah.........


    Penyeri keluarga

    saya nak tidur..

    Your Comment/ Komen Anda