nuffnang ads

Ahad, 27 November 2011

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum...
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H..

tak terasa masa berlalu.. cukup pantas..
sedar tak sedar dah masuk tahun baru Hijrah
rasanya ada lagi yang belum kita capai sepanjang tahun sebelum ini..
apa-apa pun yang penting teruskan usaha kita untuk yang seterusnya,
tak bermakna masuknya tahun baru hijrah ni semua kena baru,

pencapaian tahun yang sudah belum tertunai, tak salah teruskan,
mungkin ada cacat celanya perkiraan kita kearah pencapaian itu,
mungkin tahun baru ini memberi sumber inspirasi untuk kita lebih berjaya dan usaha..

jangan la sedih sangat kalau impian tak tercapai..
apa  yang penting jangan putus asa..

jadi, apa langkah seterusnya?? buat saja sebab kita saja yang tentukan..
cepatnya masa berlalu...
tanda-tanda kiamat dah jelas..

jom kita bina azam baru sempena tahun baru Hijrah,
tapi bagi aku, kalau boleh setiap hari ,
tak payah nak tunggu tahun baru nak start..

Allahualamm.....

selamat beramalll...........


Sabtu, 26 November 2011

baby sitter

selamat pagi
assalammualaikum..

pagi ni bawa orang rumah jogging kat Taman Awam,
biasa aku pergi sorang...
wazien pun dah macam tahu-tahu aku nak p..
selesai solat subuh aku tengok dah terbeliak-beliak mata kat atas tilam..
last-last bawa saja la..

abis jogging nak jalan-jalan sambil menyelam minum air.. demo ke, cari prospek ke...haha
kalau tak pun tengok-tengok kawasan perumahan baru..
kot-kot berminat..hehe

on the way, kawan si isteri call...

alamakk, cancle la plan aku pagi ni...
ada kelass la pulakkk...
bukan kelas belajar ..
kelas memasakkk... hauhuaha

jadi baby sitter la nampaknya.. 
apa boley buat... 
baiklah.. mana tahu kot-kot ada rezeki lebih bukak gerai ke, bakery ke, apa ke...
InshaAllah...





Jumaat, 25 November 2011

Gagal

sedetik perkongsian ; p/s; bukan aku yang cakap ..ngeeeeeeee...


Elakkan bergaul dengan orang-orang gagal. Kurangkan.
Kita akan terus gagal apabila bergaul dengan orang gagal.
Bergaul dengan orang gagal yang ada semangat nak berjaya, itu boleh. Bergaul dengan orang gagal yang tak nak keluar dari lembah kegagalan, itu tidak berapa bagus sebab kita akan terpengaruh dengan mindset kegagalan yang diorang guna pakai.

Nak mengeluarkan diri kita dari kegagalan, kita kena dekatkan diri dengan orang yang mahu berjaya. Dapat kenal ngan orang berjaya pastu rapat ngan dia, itu lagi bagus. Aura kejayaan yang terpancar dari dirinya akan meresap masuk ke dalam fikiran kita lantas tersimpan kukuh di minda kita.

Apa yang kita semat di hati, niat kita tu, akan naik ke minda. Minda pula akan bertindak merealisasikannya. Bukan saya yang kata, Dr Tuah kata camtu.

Untuk kita keluar dari kegagalan, niatkan betul-betul di dalam hati yang Anda tidak mahu lagi asyik gagal. Selepas itu, bertindaklah menuju kejayaaan dan jangan pernah menoleh ke belakang lagi. Ubah mindset.

Jangan kata mahu keluar dari lembah kegagalan, sebaliknya katakanlah pada diri sendiri Anda mahu masuk ke lembah kejayaan supaya Anda boleh mencapai berbagai-bagai kejayaan, sama ada kejayaan yang kecil atau kejayaan yang besar dalam bidang yang Anda ceburi sekarang ini.

Gunakan mindset “mencapai kejayaan“, bukan mindset “keluar dari kegagalan“. Hati-hati. Kedua-dua mindset tu memberi impak berlainan pada diri Anda. Saya terangkan ya.

Apabila Anda menggunakan mindset “mencapai kejayaan

Anda akan terjumpa dengan orang-orang yang semangatnya tinggi mahu berjaya dan orang-orang yang sudah berjaya. Semangat Anda nak berjaya akan membara sepanjang masa sebab Anda terpengaruh oleh orang-orang yang dekat dengan Anda tadi.

Sebaliknya apabila Anda menggunakan mindset “keluar dari kegagalan” Anda bagaikan berada di dalam tekanan. Kegagalan lalu seperti selalu menghantui Anda dan selalu mengikuti Anda ke mana saja Anda pergi. Kegagalan lalu menjadi beban yang amat berat buat Anda. Kesannya, nak mencapai kejayaan terasa sukar. Anda terasa ia berat untuk dilakukan.

Hari ini, kurangkan bergaul dengan orang gagal, orang yang dekat dengan kegagalan dan orang-orang yang suka bercakap pasal kegagalan. Walaupun orang gagal tu kawan Anda sendiri, Anda kena berkorban.

Terimalah hakikat dia tidak ditakdirkan untuk bersama-sama dengan Anda.
Kurangkan bergaul dengan diorang sebab mindset kegagalan yang tersimpang di minda diorang akan menjangkiti minda Anda lantas membentuk Anda menjadi seperti mereka – suka bercakap pasal kegagalan yang akhirnya membuat Anda terus menerus dihantui kegagalan, bukan disinari oleh api kejayaan dalam perjalanan Anda memburu hasil cemerlang dalam setiap perkara yang Anda lakukan.

Semua itu akan membuat Anda merasa sukar untuk mencapai kejayaan simply sebab Anda ‘terkurung’ di dalam mindset kegagalan.



selamat beramallll......

Bila waktu terbaik untuk berhenti makan gaji dan mulakan perniagaan?

sedikit perkongsian,


bilakah waktu terbaik untuk memulakan perniagaan dan berhenti kerja makan gaji? (pertanyaan dari mereka yang masih makan gaji dan berminat untuk mulakan perniagaan).

Jawapannya, sebaiknya...
  • Bila kita dah mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk menampung 3 bulan hidup kita tanpa sebarang income masuk. Terbaik adalah simpanan 6 bulan. Sebabnya, bila mulakan perniagaan, bukannya terus start perniagaan terus akan dapat income... sering kali, ia mengambil masa sedikit untuk melihat income yang baik. Oleh itu, terbaik, sebelum berhenti kerja makan gaji dan punca pendapatan utama anda terhenti, pastikan anda mempunyai simpanan secukupnya untuk menampung 3-6 bulan hidup anda!
  • Bila sudah ada pengalaman perniagaan. Sekiranya belum ada pengalaman langsung dalam sesuatu perniagaan itu, jangan terus quit kerja makan gaji dan lakukan perniagaan pula. Sebaiknya, test market dulu... sambil kerja, lakukan sedikit part time dalam perniagaan yang ingin di ceburi. Dalam erti kata lain, sekurang-kurangnya sebelum berhenti kerja makan gaji, dapatkan pengalaman walaupun part time perniagaan yang akan diceburi!
  • Bila kita ada banyak ilmu dalam bidang tersebut. Jangan terus quit kerja dan memulakan perniagaan sekiranya kita masih lagi cetek dalam ilmu perniagaan tersebut. Banyak membaca buku2 ilmiah yang berkaitan dengan perniagaan tersebut, lakukan research online, bertanya pakar-pakar industri sekiranya ada yang tak faham, dapatkan mentor, hadiri majlis ilmu berkaitan dengan perniagaan tersebit dan sewaktu dengannya. Ilmu adalah amat penting dalam apa jua bidang. Termasuk bidang perniagaan yang anda ingin ceburi. Sememangnya ilmu kita dalam sesuatu bidang itu tidak akan lengkap, tetapi sekurang-kurangnya banyak ilmu mengenai sesuatu perniagaan itu kita telah pelajari.

Sering saya dengar kisah seseorang quit kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan, tetapi tidak melakukan perkara-perkara di atas... jawabnya, perniagaan pun bungkus, hidup semakin stress. Harapnya dijauhkan dari kita...
 
Play safe... persediakan diri kita terlebih dahulu sebelum quit day job kita. Pengalaman saya sendiri pun 2 tahun saya menjalankan perniagaan Internet sambil menambahkan ilmu di dada sebelum saya quit day job saya satu ketika dulu!
 
Sumber; Irfan Khairi

selamat hari jumaat

selamat hari jumaat...

apa khabar??

minggu ni busy kata orang putihh...

tengah memboringkan diri semak equipment kat store..


Khamis, 24 November 2011

Suatu Ketika

Best tak tempat ni?? Dam lg San.

siapa - siapa yang rasa berani terjunn la...
kalau lepas hujann, lagi best...
siapakah mereka ni???
josephine lah, ibuk shirley, sarah ador, aku & louis entili..

suatu ketika dulu... rakan sekerja kat klinik long san
yang aku tahu hanya ibuk Shirley yang masih bertahan
yang lainnya semua dah cabut lari termasuk aku la..ngeeeeeeeee
gambar kat atas ni masa ibuk Shirley sambut ulang tahun..
aku dah tak ingat berapa umur dia sekarang..
i still remember the sweet memory with you all..

siapakah gerangan dua budak sekolah ni??

seingat aku si jok(andy anderson jok) & boy( russell lenjau ) budak tahun form 5,
sekolah menengah kebangsaan temenggong dato lawai jau
dulu memang geng keras aku, almaklum la tak da kawan..
gambar ni main kira-kira saja okeyy..
tiada mengena dengan yg idup or ngelaban...

rindu pula tempat ni.. 

nak makan ikan fresh ?
pergi kelamei, sesiapa yg berkenaan tau la ..hehe
air kolam yang bersih, guna air terjun yang mengalir dari atas bukit
ikan pun tak berbau... sedapppp..

forever love
Martin Lawai Jau & Shirley Bala
orang yang macam family aku masa di sana..
ada masa jumpa ya.hehehe

Long San, Ulu Baram..

pandangan dari atas bukit salib.....
ada salib besar kat atas bukit ni...
hampir hari-hari naik lepas jogging..
haha... saja-saja cari coverage line celcom...
kenyah masyarakat utama selain daripada Penan, Kayan, Sebob, Saban, apa lagi?? hehe
menariknya, ada sekolah menengah & sekolah rendah...
ada cerita di sebalik nama sekolah ni...


baik-lah, nanti sambung lagi..
internet kuat slow mau downlod gambar...

ngeeeeeeeeeeeeee.....






Selasa, 22 November 2011

story-mory

Sebut pasal gagal, ramai orang tak suka cakap.
Gagal ni menyakitkan. Tiap kali ingat usaha-usaha kita yang gagal, kita jadi sakit hati.

Untuk membuat kita bermotivasi sentiasa, kita perlu bersangka baik pada apa jua perkara. Ini termasuklah bersangka baik pada kegagalan. Kegagalan amat baik buat diri kita kerana ia membuat kita semakin maju ke depan sebab kita rasa tercabar.

Kita gagal sebab kita disuruh untuk berjaya. Bila dah gagal, itu maknanya kita kena buat lagi dengan lebih baik di masa akan datang. Buat lagi. Andai kata gagal sekali lagi, buat lagi sampai betul-betul menjadi.

Gagal hanyalah satu proses menuju kejayaan.
Setiap orang yang mahu berjaya pasti akan melaluinya. Di dalam kesusahan, ada kesenangan-kesenangan yang kita tak nampak. Semua kesenangan-kesenangan tu menanti untuk kita garap, untuk kita genggam di dalam tangan kita.

Kegagalan amat suka pada orang yang tak berhenti berusaha. Dia usaha, usaha, usaha tanpa mengenal erti penat lelah.
Kegagalan tak suka pada orang yang usahanya hanya sementara, sebab itulah orang yang usahanya asyik berubah-ubah langsung tak pernah mencapai apa-apa kejayaan. Lihat sekeliling kita, kita boleh nampak ada banyak orang camni.
Tak ada cara mudah untuk berjaya, tak ada ’shortcut’ atau jalan pintas.

kita kena berusaha keras. Kita kena menempuh kegagalan, barulah kita beroleh kejayaan. Mulai hari ini, serapkan dalam minda yang kegagalan tu sebenarnya bukanlah perkara yang menyakitkan, sebaliknya ia perkara yang baik untuk mendidik kita menjadi dekat dengan kejayaan.

Secara saikologinya, kita kena dilatih bersusah-susah dahulu, barulah kita boleh beroleh kejayaan.

Jika kita beroleh kejayaan dahulu sebelum bersusah-susah, kejayaan yang kita peroleh tu tak kekal lama, bahkan kita tak akan merasa berdaya mencapai kejayaan-kejayaan seterusnya yang jauh lebih besar, lebih hebat pencapaiannya dari kejayaan sedia ada. Lagipun, minda kita kurang ‘matang’ apabila kita bersenang-senang dulu sebelum kita bersusah-susah.


Allahualam... selamat beramal..

aku nasihat kepada aku sendiri & kengkawan.
ngeeeeeeeeeeeee.........


mastercefffffffffffffffffff

Isnin, 21 November 2011

Anugerah Terindah

aksi tidur
Fiqarni Wazein
Assalammualaikum,
syukur sangat-sangat
rezeki dari Nya
.. dah empat bulan lebih.. penyeri hidup kami ; wazien nama timangan..
pagi-pagi dah dihantar ke rumah Ibuk Ham, kiranya baby sitter
kami masing-masing dengan kerja hakiki..
awal pagi dah pandai sedar & bangun sendiri.. bagaikan tahu sendiri rutin hariannya..

pagi ni sedih aku tengok.. ketiduran lepas hantar mama pergi kerja.. kurang tidur agaknya..
harapan yan & mama, jadi insan yang baik, harapan jadi luar biasa bagus dan hebat sekali..
harapan aku & isteri '' be the best parent for wazien'' , InshaAllah..

                                                                dah mengerti sangat da...

lagak gayanya..aksinya yang menghilang kestressan bekerja. tengok muka anak pengubat luka & lara kehidupan..









rajin la sikit..

tak semua yang nampak rugi itu sepanjangnya rugi,
             kadang-kadang untung menanti di hujunggg..



maless..

Assalammualaikum... 
malas tan rasa...
bukan males bak keja..
males bak mapun bank.. males bak temuk udei po..haha

dao tudui jujuk bah semieng ih neah...
keman pun males ngak ih.. 
matai-matai...

harep-harep kak males labik abei...
hahahah

cadangan hiasan sahaja..

Ahad, 20 November 2011

awangzulfikar.blogspot.com: Selamat berhari Minggu

awangzulfikar.blogspot.com: Selamat berhari Minggu: selamat berhari minggu.. yang sembahyang pada hari minggu jangan tak pergi yang berehat pergi lah berehat, bawa family yang sibuk b...

Selamat berhari Minggu

selamat berhari minggu..
yang sembahyang pada hari minggu jangan tak pergi
yang berehat pergi lah berehat, bawa family
yang sibuk bekerja pergilah bekerja sehebatnya, jangan ada yang curi tulang..hehe
yang berniaga pergilah berniaga tak kira apa yang di niagakan..
yang masih nak mamai-mamai tu pergilah, tapi razeki lambat masuk.. betul ? hmm... 

my boy pun awal bangun... tak bagi can bapak nak lelap sikit...ngeeeeeeeee 

dah pandai ambik gambar sendiri..ngeeeeee     


cukup masa cukup jam.. nak susu..hehe.. 
cukup masa cukup jam.. tidur..hehe
cukup masa cukup jam berlagu nada tinggi..hehe
biasa anak ni.. bermanja... melengkapkan kehidupan berkeluarga..
jangan dera anak pulakk... ..



Sabtu, 19 November 2011

3 S'

    Dalam sebuah artikel motivasi yang saya baca, katanya untuk berjaya kita kena ada prinsip 3S – Sasaran, Strategi, Sikap.
       Nak berjaya, orang lain tak boleh paksa-paksa. Keinginan mahu berjaya tu kena timbul dengan sendirinya dari dalam diri kita.
      Cetusan untuk berjaya biasa datang dari orang-orang sekeliling.
Kekadang orang perlekeh kita, orang pandang rendah kita, kekadang orang memijak-mijak potensi diri kita.
      Dek tak tahan asyik di ‘buli’ dan direndah-rendahkan, kita tekad nak berjaya sebab kita mahu buktikan yang kita boleh mencapai sesuatu, memiliki sesuatu mengalahkan mereka.
          Kejayaan sekarang diukur dari aspek material dan kewangan.
Dalam masyarakat kita, kejayaan seseorang di ukur dari dua aspek tadi – harta dan duit.
             Kita masih dianggap kurang berjaya bila harta kita cuma sedikit. Orang akan pandang kita sebelah mata apabila duit kita masih sedikit.
         Memiliki material dan sumber kewangan besar yang mantap tak salah, janji niat kita mempamerkannya adalah untuk dijadikan sumber inspirasi pada orang-orang lain di sekeliling kita.
        Jangan nak menunjuk-nunjuk dah le. Bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi nak tunjukkk..
Hati kita sendiri pun kena dikontrol. Sebab bila dah berharta dan berduit, kita terdorong untuk bersikap riak.
        Orang lain hatta mak bapak kita sendiri tak boleh paksa kita nak berjaya. Makin diorang paksa, makin keras kepala kita.
Kita akan makin tak nak. Contohnya? Berjaya dalam pelajaran.
           Mak suruh belajar, bapak suruh belajar. Makin di suruh belajar, makin kita tak nak. Pelajar yang cemerlang mahu cemerlang sebab kemahuan tu timbul dari keinginan diorang sendiri. Tak dipaksa.
         Cepat atau tidak keinginan kita nak berjaya tu muncul bergantung pada diri kita, khususnya matlamat kita. Apabila kita tahu apa yang kita nak capai, secara otomatik keinginan untuk berjaya tu akan timbul serta merta, membara dan makin membara dari sehari ke sehari.
         Makin kita ingat apa yang kita nak capai, makin bersemangatlah kita jadinya.
          Agama Islam mengajar kita jadi berdisiplin.
Buktinya, orang yang menyempurkan sembahyang di awal waktu, ganjaran pahalanya lebih baik dari orang yang bersembahyang di akhir-akhir waktu.
           Islam memberi amaran pada umatnya yang melambat-lambatkan sembahyang, yang melengah-lengahkan waktu sembahyang, bahkan memberi amaran yang amat keras pada orang yang suka bersembahyang di akhir waktu.
                          Ingat 3 S tadi - Sasaran, Strategi, Sikap.
Paling akhir tu yang kita kena jaga.
          Sikap kita.
Kena positif, kena bagus, kena berdisiplin supaya kita boleh berjaya dalam apa jua perkara yang kita usahakan.
               Biar kita cuma orang biasa, janji pencapaian kita luar biasa.


selamat beramal

Jumaat, 18 November 2011

Siapa Kita Sebenarnya??

Salam hari Jumaat
Agar semua hebat
Di dunia dan akhirat
Jom kita bekerja kuat
Agar poket lebat....

Kita dah kenal diri kita ke? Rasanya tidak.
Kalo kita dah kenal siapa diri kita, mesti kita dah berjaya sekarang ni.
Mesti kita dah tau cemana menggunakan minda kita sebaiknya.

Mesti kita tau cemana memanfaatkan imaginasi kita sebaiknya.
Hidup kita bermasalah sebab kita kurang mengenali diri kita sendiri.

Kita tak tahu apa kelebihan-kelebihan diri kita, kita tak tahu apa potensi kita.
Fokus kita lebih banyak terarah pada masalah, bukan terarah pada usaha menggali potensi diri.
Kita sibuk mengomplen-ngomplen dan mengata-ngata sikap buruk seseorang hingga kita terlupa berfikir apa kekuatan-kekuatan kita dan berfikir apa dia kekurangan-kekurangan kita.

Fikiran kita sibuk berkata hal-hal yang langsung tak menyumbang pada kemajuan diri kita.
Hati kita kekadang terisi dengan ego hingga kita jadi ‘buta’ pada potensi kejayaan diri kita sendiri kerana kita sibuk memandang rendah pada keupayaan orang lain, seolah-olah mereka tak sehebat kita.

Tak kiralah kita siapa, cikgu ke, pegawai ke, pensyarah ke, peguam ke, CEO ke, masing-masing dari kalangan kita ada kekurangan dan kelebihan.

kita lebih di satu bidang, kita tetap akan kurang di satu bidang yang lain kecuali kita tahu bidang apa yang kita kurang mahir kemudian kita berusaha memperbaikinya sampai jadi OK.

Tumpuan kita sekarang ni adalah untuk meng’OK’kan mana-mana part diri kita yang kita rasa tak OK.

Kita tak akan jadi perfect, tapi kita boleh jadi semakin baik dari sehari ke sehari menghala jadi perfect.
Kita tak tahu orang yang perfect tu cemana tahapnya, sikapnya.

Selagi namanya manusia biasa, kita masih ada kekurangan di mana-mana.

Mungkin kurang dari segi sikap kita, kata-kata kita, fikiran kita, isi hati kita, mungkin juga kemahiran kita.
Sama-samalah kita fikir pekebendanya yang kita masih kurang.

Mungkin kita masih kurang berjaya dalam hidup kita.
Maka, kita kena usaha kuat supaya hidup kita berubah jadi hidup yang berjaya.

Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri sendiri.




selamat beramal..

Uji Bakat

Kita patut sedar kita ni ada kekuatan.
Apa bakat kita, apa kemahiran kita, apa keunikan kita, itulah yang dinamanakan kekuatan.
Kita menjadi ‘kuat’ apabila kita merasa yakin dapat mencapai satu pencapaian hebat.
Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu kemudian kita gagal, kegagalan yang berlaku akan banyak menyentap semangat kita sebenarnya.
Kita akan kehilangan inspirasi. Emosi kita down.
Jika kita melalui situasi sebegini, jangan mulakan apa-apa usaha baru. Pergilah bercuti seketika, rehatkan minda dan beri masa pada emosi kita untuk pulih semula.
Cemana nak tau emosi kita dah pulih????
Emosi kita akan pulih apabila kita ada semangat nak mencapai matlamat yang kita nak set seterusnya selepas matlamat yang terdahulu gagal di capai.
Kat sinilah kita kena selalu beri semangat diri sendiri dengan membisikkan di dalam hati yang kita ni ada kekuatan tersendiri, ada kelebihan tersendiri cuma kita saja yang belum jumpa apa kekuatan kita tu.
Tiap kali kita merasa tertekan berdepan cabaran hebat, beri sedikit masa untuk emosi kita bertenang.
Emosi yang tenang akan membuat kita bertindak dengan tepat.
Emosi yang tertekan akan membuat kita bertindak dengan penuh kelam kabut yang akhirnya akan membuatkan kita melakukan banyak kesilapan.
Bila kesilapan dah banyak dilakukan, kesannya kita akan jumpa banyak kegagalan-kegagalan kecil.
Oleh itu, jangan pernah merasa diri kita kecil berbanding orang lain disekeliling.
Kegagalan sebenarnya mendidik kita supaya kita tahu cara yang betul.
Kegagalan sebenarnya petunjuk untuk kita cari teknik yang betul supaya dari situ kita mendapat apa yang kita mahukan.
Masalahnya, kita ni nak hasil cepat lepas tu bila hasilnya tak cepat kemudian gagal pula, kita merasa sakit hati.
Inilah kekurangan kita yang kadangkala men’down’kan kita.
Kita kena mengawal rasa sakit hati supaya kita dapat berusaha lagi.
Kebanyakan dari kita, bila dah sakit hati, malas nak berusaha lagi sebab takut merasa makin sakit hati.
Oleh mengelak diri kita dari dikuasai rasa sakit hati, kita kena fokuskan kepada ‘output’ – iaitu apa yang kita boleh hasilkan, apa yang kita nakkan.
Amalkan teknik ni pada diri kita kemudian rasai kesannya.


nasihat untuk diri & masyarakat

selamat beramal..


Khamis, 17 November 2011

Hasil & Proses

Sebut pasal bisnes, orang terbayang kereta besar, rumah besar, pakai smart, muka konpiden, income berpuluh ribu. Serba serbinya kayalah katakan. Biasalah ''Orang kita'' menjadikan imej gitu sebagai pengukur kejayaan seseorang, terutama dalam bidang perniagaan. betul ke tak Allahhualam la k..

Jika perniagaan seseorang cuma dalam skala kecil, dia dianggap terdesak atau berniaga semata-mata sebab tak ada pilihan lain atau sebab tak dapat kerja kerajaan. Impossible.... Inilah mindset masyarakat kita, terutama Melayu beragama Islam. Maaf ya.. Orang kata...
Mindset sebegitu perlu diubah.Kita kena bina mindset baru kemudian kekalkannya.
Biarlah kita berniaga sebab kita memang seronok berniaga, suka menjual dan kita merasa nikmatnya menjual, bukan sebab mengejar untung semata-mata.
Ramai usahawan Melayu hari ini sungguh tamak - menumpukan pada HASIL sahaja, tak menumpu pada PROSES.
Kejayaan tetap ada, jika kita rajin berusaha. Tetapi, kejayaan tak akan ada jika kita hanya menumpu perhatian kepada kejayaan semata-mata tapi tak pernah menumpu kepada proses mencapai kejayaan.
Kita tak menumpukann pada usaha-usaha yang boleh dilakukan, sebaliknya hanya menumpu pada hasil sahaja.

Ibarat membina sebuah bangunan dan kita arkiteknya. kita cuma nampak sebuah bangunan tersergam indah, dalam kepala kita lalu melukis design bangunan tu di atas kertas.
 Di peringkat tu, kita masih belum berjaya sebab bangunan idaman kita masih belum dibina.
Jika kita tak menumpukan pada usaha-usaha yang dilakukan, kita hanya syok sendiri, cuma seronok membayangkan bentuk bangunan yang akan dibina. Kita tak pernah berusaha mencari pemaju, mencari pekerja, mengumpul bahan-bahan, mengumpul jentera dan peralatan lalu mula bekerja.

Cemana nak berjaya?
Cemana nak mencapai kejayaan?

Kita hanya akan berjaya bila bangunan idaman kita berjaya dibina, disiapkan sepenuh sebijik macam yang kita mahu.
Itu baru berjaya namanya.
Mulai hari ni, usah terlalu tamak walaupun kita boleh bersikap tamak. Kawal sikap tamak tu.
Fokus pada proses. itu yang paling penting..
p/s; diri sendiri & anda = kita2 la..


selamat  beramal..

Rabu, 16 November 2011

Kegagalan Dari Minda

Apa yang banyak kita fikirkan, itulah akan banyak ditarik datang kepada kita.
Kejayaan bermula dengan minda, kegagalan juga bermula dengan minda, bahkan dari minda.

Bila kita banyak berfikir tentang kegagalan kemudian kita merasa kurang bersemangat, maka kesannnya kita akan ditemukan dengan lebih banyak kegagalan di masa akan datang.

Fikiran kita menarik perkara-perkara yang serupa dengan apa yang kita fikirkan.

Banyak-banyakkanlah berfikir tentang kejayaan supaya Anda ditemukan dengan banyak jenis kejayaan, sama ada kejayaan-kejayaan kecil atau kejayaan-kejayaan besar.

Fikiran kita bertindak seperti doa.
Lebih banyak kita berfikir pasal sesuatu, tamsilannya samalah seperti kita banyak berdoa meminta sesuatu.

Kita banyak berfikir pasal kejayaan, samalah seperti kita banyak berdoa supaya kejayaan didatangkan kepada kita.

Ramai di kalangan kita mahu keluar dari kegagalan – misalnya gagal dalam pelajaran, gagal dalam perniagaan, gagal dalam pekerjaan, gagal dalam aspek kekeluargaan.

Masalahnya, mereka masih terperangkap dalam minda kegagalan.
Asyik berfikir pasal kegagalan lalu dan rasa menyesal tak sudah-sudah.
Bangkit dari kegagalan satu perkara yang memerlukan kemahiran.

Anda perlu mahir mengawal apa yang selalu bermain di fikiran.
Anda perlu mahir mengawal kata-kata yang terucap di hati, yang bermain di minda juga yang Anda ucapkan pada diri sendiri.

Keluar dari kegagalan boleh dilakukan, Anda cuma perlu belajar bagaimana melakukannya.


selamat beramall

Selasa, 15 November 2011

Matahari

Matahari dari dekat (5,000 KM)
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope

Sebagai Renungan:



Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi..

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA..

selamat beramall..

Selasa, 8 November 2011

kekaguman

kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda tu belumlah lagi kejayaan namanya,
tapi itu tak bermakna kita nak menunjuk-nunjuk, 
itu riak namanya..
tapi benda tu adalah hasil titik peluh sendiri,
 untuk kita tunjuk pada penat lelah kita.


motivasi untuk diri  & kita semua
kalau kita berjaya memotivasikan diri sendiri, itu hebat.
tetapi kalau kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat..

view from aircraft, ulu baram.

Isnin, 7 November 2011

Otak Cair, Otak Beku

kita tak boleh kecewa sangat dengan otk yang beku,
tapi, kita patut kecewa kalau kita tak ada impian untuk mencairkannya.
sebab setiap kali ia mula cair,
jawapannya kejayaan dan kecemerlangan kita

percaya tak??

Ahad, 6 November 2011

Aidul Adha

Assalammualaikum w.b.t.....
Dalam kesempatan ini aku ingin mengatakan bahawa hari ini :

'' setelah terbukti hati Nabi Ibrahim & Nabi Ismail sanggup berkorban kerana Allah
lalu perintah korban itu ditukar kepada pengorbanan seekor kibas.
ternyata yang dipandang Allah ialah hati HAMBA-nya.
                                    SALAM AIDUL ADHA.......

Bunyi Lembu mcm mana? moOO..!! Baguss.....................
Bunyi Kambing mcm mana? mbekKK..!! Tahniah..............
Hari ini anda akan dikorbankan...hehe...............................
Salam Aidil Adha 1432H,.................................................
Semoga raya korban ini memberi makna untuk kita semua..

Buat Semua Yang Menyambutnya :
- rakan taulan
- sahabat blogger
- rakan niaga
-rakan akademi taipan
- tadika perpaduan masyarakat ohya
- masa budak-budak sekolah rendah dato pengiran mohamad ohya
- rakan sekolah menengah kebangsaan dalat
- semua kawan-kawan masa nakal2 dulu
-sapa-sapa yang sama kampung ohya
- rakan-rakan yang kat kolej pembantu perubatan kuching
- rakan sekerja klinik kesihatan long san
- rakan sekerja hospital umum sarawak
- rakan kerja klinik 1Malaysia miri
- facebooker2
- rakan taulan
- sahabat handai
- jipo2

- dan sewaktu dengannya..

SALAM AIDUL ADHA..



Jumaat, 4 November 2011

Apa yang berlaku sekarang??

Apabila orang jahat hendak memimpin orang baik.

  1. Malang sekali pada zaman ini berlaku orang jahat hendak memimpin atau mendidik orang baik.

  2. Orang yang jahat hendak memulih orang baik.

  3. Orang yang zalim hendak menumpaskan orang yang adil.

  4. Orang yang rosak akhlak hendak memperbaiki orang yang baik akhlak.

  5. Orang yang lemah akidah hendak memperbaiki orang yang sudah baik akidahnya.

Kalau sudah berlaku perkara macam ini apa akan terjadi?
  1. Maka akan terjadilah orang baik yang banyak teraniaya.

  2. Orang jujur di musuhi.

  3. Orang yang benar di persalahkan.

  4. Orang yang ikhlas di pandang serong.

  5. Orang yang jujur tidak di sukai.

  6. Orang yang berkorban akan terkorban.

  7. Orang yang hendak cari kedamaian di anggap orang yang hendak menggugat keselamatan (ISA?).

  8. Orang yang hendak bersatu di anggap pemecah belah.

  9. Orang yang berakhlak mulia di musuhi.

  10. Orang yang pemurah tidak di gemari.

  11. Orang yang memperjuangkan kebenaran di anggap perosak dan pengkhianat.

  12. Siapa yang bersih hidupnya akan tersisih dan di pinggir.


Di waktu itu lah orang orang jahat mendapat tempat.

  1. Orang orang jahatlah yang akan menjadi kaya.

  2. Orang orang jahat lah yang akan berkuasa.

  3. Orang orang jahatlah yang akan tertonjol.

  4. Orang orang jahat lah yang akan di muliakan.

  5. Orang orang jahatlah yang akan dapat anugerah dan gelaran.

  6. Orang orang jahatlah yang akan senang

  7. Orang orang jahatlah yang akan tadbir negara

  8. Orang orang jahatlah yang akan menguasai dunia



Akhirnya keturunan orang yang baik akan jadi jahat.Kerana terpengaruh dengan orang jahat.Kalau tidak berbuat demikian tidak boleh hidup senang dan ketinggalan.

Your Comment/ Komen Anda