nuffnang ads

Isnin, 31 Oktober 2011

Orang-Orang

Orang gagal tak suka dengar cerita orang berjaya kerana dia akan iri hati. Dia tak suka dengar kerana cerita-cerita sebegitu seperti satu sindiran pedas buat dirinya. Sebab itulah orang gagal lebih suka berkawan dengan orang gagal juga. Kesannya, akan bertambah-tambah gagal dia kerana masuk ke komuniti orang-orang gagal.

Jika ada orang seperti di atas, Anda kena berubah. Kita dalam hidup ni kena berjaya. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam pula, sepatutnya kita mempunyai keinginan kuat nak berjaya kerana laungan azan mengajak kita ke arah kejayaan. Bukan sekali kita dengar laungan azan tu tapi lima kali berturut-turut dalam sehari, 365 hari dalam setahun sepanjang Anda hidup. Kita kena capai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan.

Kejayaan yang kita capai akan menjadi pendorong pada orang-orang di sekeliling kita supaya mereka turut mahu menjadi orang berjaya. Agama kita menyuruh kita berjaya, kerana dalam jangka masa panjang ia akan mengangkat ekonomi ummah kita ke tahap ekonomi berjaya. Lantas, kejayaan ekonomi akan meransang kejayaan dalaam pendidikan, politik, persekitaran dan kemanusiaan.

Jika Anda pernah jadi orang gagal, jangan biarkan diri Anda terperuk dalam kancah kegagalan. Lepaskan diri dari kegagalan dengan mula memfokus fikiran ke arah kejayaan. Fikirkan kejayaan, bayangkan kejayaan, bertindak menuju kejayaan. Lakukan 3 perkara itu dan secara automatik Anda akan mempunyai cetusan motivasi untuk lancar bergerak.

Hari ini Anda orang gagal. Esok, Anda kena berubah jadi orang cemerlang. Lusa, pastikan Anda jadi orang berjaya. Pilih untuk menjadi orang berjaya.

Sekadar Renungan

Tarikh Lahir Kita adalah permulaan sebuah kehidupan. Penutup kehidupan adalah tarikh mati kita. Diantara tarikh lahir dan tarikh mati ini, kita akan melalui satu kehidupan. Pelbagai skrip yang akan kita ada atau lalui.
Bagaimanakah agaknya skrip kehidupan kita ?
Skrip mana yang kita mahukan?
Boleh ke kita buat skrip kehidupan sendiri?
Adakah skrip Kemiskinan?
Adakah skrip Kekayaan?
Adakah skrip Kejayaan?
Adakah skrip Kegagalan?
Hanya kita yang berhak menulis skrip kehidupan kita. Bukannya orang lain. Bukan ibu, ayah, adik-beradik, kawan, ketua kampung atau sesiapa pun.
Kita yang bertanggungjawab diatas kehidupan kita. Bukan orang lain. Kalau skrip kita penuh dengan kegagalan, salahkan lah diri kita sendiri. Jangan salahkan orang lain.

Jumaat, 21 Oktober 2011

wanita & laki-laki

Wahai Manusia ;

     Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

                 Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia.

                Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Salam Jumaat ; Wasiat Rasulullah

Wahai Manusia,

 dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,

 sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari,
berpuasalah di bulan Ramadhan,

dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu.

 Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu.

 Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.

Kamu semua adalah sama;

tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


sumber;
myibrah

Khamis, 6 Oktober 2011

puas...

paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan,
tapi paling tak indah apabila dah kita dapat,
itulah punca masalah hidup kita...

Allahhualam..

kaya

'' Kaya bukan tiket untuk hidup bahagia..
tapi, kalau tak kaya kembarnya derita..''


renung-renungkan...

Allahualam........

selamat beramalll....

Madu

'' apa nak takut dengan madu ? ''masuk perut jadi ubat,
tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam...''

Selasa, 4 Oktober 2011

15 Senjata

15 Senjata Menghalang Syaitan

- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i'la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
-Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
-Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
-Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi
15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah

-cinta dunia

- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)

- panjang angan-angan

- rakus

-bakhil

- suka pada pujian

- riak

- ujub (merasa kagum)

- takut dan gelisah

- buruk sangka

- memandang rendah pada orang lain

- merasa suka pada dosa

- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"

- putus asa daripada rahmat "ALLAH"

Your Comment/ Komen Anda