nuffnang ads

Selasa, 30 Ogos 2011

1 Syawal

Alhamdulilah ..
Syukur ke Hadrat Illahi..
29 hari berpuasa rasanya tak terasa ..
Hari ini dah masuk Syawal..
Hampir sebulan kita menahan lapar dahaga, ujian cabaran..

Biasanya tiap tahun beraya bersama keluarga
Tahun ni beraya ber-3.. seronoknya
Persiapan ala kadar saja..
Yang penting untuk aku punya Wazien.hehe


Raya ni buat majlis akikah & zikir cukur rambut Wazien
Belanja lebih sikit untuk anak..
Dah jadi tanggungjawab sebagai seorang ayah..naik pangkat o0o0o..ahah !!

2,3 hari ni sibuk buat persiapan untuk majlis..
Shopping complex Satok, Bolevard, The Spring, Giant semua penuh dengan manusia..hehe
Parking lot pun dah tak cukup..
Itulah perayaan terbesar di negara ni..
Kalau orang berbisnes memang kau-kau dapat untung..
Mana taknya ; ayam, daging,lemang dan sebagainya "sold Out"
Aku tengok penuh kat tempat jual beli daging..
Sayangnya tak dapat uplod gambar..

Dulu masa kecik teringat masa nak raya,
Semua bapak yang belikan,
Bila time cuti sekolah datang dah sibuk cari kerja sampingan..
Bukan apa, tak nak susahkan bapak beli baju seluar kasut..
Tapi yang lebih penting dapat beli dengan duit sendiri.. baru puas!!
Selera tu lain sikit..

Tapi aku tengok sekarang budak-budak bukan main lagi menyopingkan diri..
Siap beli barangan branded lagi bro..!!
Tak kisah la, itu perubahan zaman..
Kalau aku dulu dah sibuk nak cari duit sendiri..
Mana boley kalah dengan kawan, 
Pakai baju cantik-cantik, aku pun nak juga.
Nak minta dengan bapak pun malu & segan..
Haha...

Alhamdulilah sekarang semua kena buat sendiri..
Account kena manage sendiri
Lebih-lebih lagi masa nak raya..

Kalau masih bujang dulu aku lah yang paling sibuk buat persiapan
Bukan nak puji diri, tapi dari segi kepuasan tu yang penting,,
Abang-abang aku memang ada la kemas-kemas..
Paling penting bagi aku kalau time raya ni adalah pelita minyak tanah..
Memang favourite aku la nak buat.
Baru ada suasana kemeriahan..
Sekarang semua guna lampu lip lap
Karen naik la brooo...haha

Dulu mak semua buat untuk aku,
Sekarang aku buat persiapan sendiri & buat untuk anak isteri
Paling aku suka bila mak aku happy time raya..
kek lapis, kari ayam, rendang, kacan botak, "perut ayam" itu lah yang menjadi keutamaan..


Dulu bujang selalu tolong mak buat 'kacang botak'
sekarang dah tak ada mak buat..
Senang je benda tu, yang penting ada kacang tanah, tepung, pewarna..lepas tu gorang..kahkahkah..

Masa bujang suka sangat bertandang ke rumah orang..
Lebih-lebih lagi kalau tempat tu jauh..
Konvoi ramai-ramai naik motosikal..
sampaikan malam baru balik..hehe
Mak bising gak, al maklumla raya rumah sendiri tak ada masa..
Berjalan saja kerjanya...

Tapi sekarang dah banyak jauh bezanya..
Tambah-tambah lagi dah naik pangkat ni..
HEHEHEHHEHEHEHhehheheheh..
Itulah al kisah zaman dulu-dulu,
Bukan nak mengungkit.. saja bercerita

KEPADA SEMUA AHLI KELUARGA, SAHABAT HANDAI, RAKAN TAULAN, JIRAN-JIRAN & SEWAKTU DENGANNYA,
INGIN MENYUSUN 10 JARI YANG BENGKANG BENGKOK INI UNTUK MEMOHON SERIBU KEMAAFAN ANDAI TERSALAH KATA, TERTEKAN KEYPAD,
TERJUMPA SANA SINI, TAK TEGUR, BUAT TAK KENAL & SEWAKTU DENGANNYA...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR BATINN

Ahad, 28 Ogos 2011

28 Ramadhan

Alhamdulilah & syukur sangat-sangat
Semalam dah selamat sampai kat KIA,
walaupun keadaan angin semasa terbang tak tentu,
terasa mahu jantung mahu jatuh oleh kerna angin sekejap bertiup kencang sekajap takk..

Syukur gak anak & isteri sihat,
Terasa beratnya bila aku mengendong si Wazien ni.
Baru selesai bersahur bersama ibu mertua
Anak pun masih lena tidur dengan si ibu..

Best gak dah sampai kampung halaman isteri
Suasana kampung habess..
Bunyi-bunyi unggas di luar membuatkan tak nak tidur jadinya

Menunggu mentari muncul untuk bergerak ke perkara seterusnya
Cari barang untuk keperluan hari raya

Bila dah sampai kat kampung ni baru terasa bahang raya
Dengan bunyi meriam buluhnya, mercunnya
Huh teringat masih kecil dulu
Sekarang dah besar, pernah sekali terkena mercun kat tangan
Sejak tu aku tak nak main dah..hehehe

Kambing yang kami beli untuk buat akikah anak dah ready..
Entah dari jenis apa aku tak tahu, '' kambing bao"?? boleh tahan harganya 750 seekor
Dah memang kewajipan sebagai ayah untuk anak

Subuh dah masuk waktunya..
Okey lah..
Tak sabar tunggu siang..
Tengok-tengok apa yang perlu..

Mai solat subuh.....wassalam.......

selamat beramal......

Sabtu, 27 Ogos 2011

mood raya ..

Hari ini baru ada terasa sikit bahang ' keharirayaan' ... sebelum ni belum terasa, walaupun di bulan puasa. Mungkin sibuk dengan urusan keduniaan. Setakat entri baru ni di tulis masih berjaga , bukan security ok!!. Mungkin juga hati dah di kampung kot. Rindu anak & isteri sejak lebih sebulan yang lalu.

Alhamdulilah, ramadhan ku tempuhi dengan sabar walaupun berjauhan dengan keluarga tersayang. Dengar - dengar abang-abang aku dah awal dari aku dah sampai. Dekat jauh pasti datang. Berkumpul hanya beberapa kali, kalau tak kerana raya lambat sikit. Mungkin dengan suasana raya. 

Tak sabar juga nak jumpa mak ayah & sewaktu dengannya..Mungkin juga tadi baru ada rasa mood raya. Sampaikan bank tak dapat  'withdraw'.. dah tahu kita dah nak raya, buat la best service.

Malam tadi sempat jenguk-jenguk apa nak di beli. Last-last tak jugaj beli.. Aku tak tahu nak beli apa. Maybe nak beli untuk anak dulu.hehe. Bila dah meningkatnya usia ni tak bernafsu nak beli..



Selamat beramal..

Baju Raya aku..

Al kisah baju raya aku tahun ni
tempah seawal bulan Mei ni lagi,,
tak banyak 4 pasang aje.. 


upahnya boleh tahan gak..
baju melayu teluk belanga 200 sehelai
kainnya kita sedia sendiri
kalau 2 pasang??

Itu baru aku punya,
Puteri aku pulak 2 pasang gak.
Ni lebih lagi..
beza 60 hengget tiap pasang.

Kalau pandai kira berapa semua??
Tak termasuk minyak petroll aku,,,

Nanti siap 30 Julai, sekaran dah berapa Ogos,
Dah nak merdeka dah.. masih lagi tak merdeka dari segi perkhidmatan..
Nama aje butik, tapi yang prosesnya kat sememanjung.

Dalam hati : betul ke engko ni tailor...
Butik bukan main canteek..

Yang ni pulak tak ikut janji
Nanti kalau masuk lokap macam mana??

Nak ganti baju raya aku yang dah ''ready made''?? ehh
aku nak baju sendiri
Kalau lepas raya baru sampai
Alasannya Pos Malaysia tak dapat hantar ke sarawak/sabah....

Tak munasabah, ingat pos tu naik kapal ke??
Hari-hari aku tengok kapal terbang limpas kawasan aku..

Saja nak kasi alasan la tu..
Aku nakdeposit aku balik..
Aku nak pakai raya
Bukan lepas raya..

Bengong !!!

Jumaat, 26 Ogos 2011

Itu la orang kita... Aku tak fahammm..

Salam Perjuangan kepada semua,
tak kira apa yang anda perjuangkan
baik duit, baik pekerjaan, baik cinta, baik harta
dan segala macam apa yang anda perjuangkan..
Tabik springg, terbaekk buat anda...lagi bestt !!

Masa sekarang dah tak kisah da.
Kalau jenis penipu tu memang dah sah, dah di register untuk menipu..
Tak dapat nak elak kalau yang dah berpangkat 'cheif'
kepada cheif sekalian, mintak maaf. 
Yang ni aku yang gelarkan untuk mereka yang tak habis-habis nak belok membelok...

Bulan baik, hari baik pun nak menipu..
Ni bukan terjadi kat kawan or member or sedara ke sapa..
Aku sendiri yang kena..

Bukan nak malukan sesiapa,
nak bagi peringatan pada kita semua.
Kalau tipu 2,3 hengget tak pa..
2, 3 hengget pun duit gak

Ni yang beratus-ratus, dah dekat raya lagi..
Aku nak ingatkan semua kalau membeli atau sewaktu dengannya yang memerlukan kita ambek resit.
Tak kira resit bayar masuk bilik termenung pon..
Apa-apa terjadi bole lagi cover, kalau tak habesss!!

Yang terjadi kat aku tu pasal kereta. bukan sikit tau.. 
Bila tanya untuk ape? deposit la, topup insurance la.. claim minyak la apa la..
Ni aku nak habaq, engko keja tu tak dok gaji ka hah?
Senang je minta dengan orang...
Majikan tak kasi gaji ke nak buat semua tu... 
Kalau betoi pun engko dah buat pembayaran, mana resit bukti pembayaran????

Janganbagi banyak alasan, last-last aku lapor  kat KPDNKK kang baru tau..

Aku rasa orang sepisis macam ni tak kemana
Kaya pun tak kemana...

Ye la ko tengok aku kecik, budak lagi,,,
Tak pa-tak pa aku tak dapat duit pun tak pa, tak jugak aku miskin
Tapi sangat bernilai, walaupun tak cecah ribuan ringgit..

Managing Director pun 2 X 5 aje aku tengok..
Memalukan bangsa sendiri, mana nak maju kalau tipu sana tipu sini..

Apa-apa pun aku doakan kau bahagia dengan kerja engko ni..
Tapi kejayaan engko tu setakat tu aje la...

Itu la orang kita... aku tak paham...

Khamis, 25 Ogos 2011

Lagi lagi makan..

Petang semalam bersama rakan niaga nak p service member baru. Almaklumlah baru ikut program WAB. Kol dah berapa kali tak angkat. Jadi aku tak kisah sangat orang tak angkat or tak jawab kol.. Sabar saja la, lagi -lagi dalam bulan mulia ni. Ada ku kesahh?? haha
Dah dekat-dekat nak berbuka baru msg masuk. Aku dh agak dah..  orang memang akan jawab tapi tak     '' immediately''  jawab balik. huh.. Kesabaran mengujiku kembali. Hampeh ! tak jadi pulak nak jumpa dan berbuka sama. Apa boleh buat. Selamat juga duit poket aku.haha.. Bukan aku minta belanja pon, aku yang sibuk nak belanja orang.hahaha..

Masa tu memang dah kritikal sangat da nak berbuka.. so apa lagi berbuka sambil driving aje la. Last-last aku pilih Melanau Cafe untuk sambung makan..heeeee.. Makan pree lagi tu..hauhahu. Bayar la..


Hmm.. tunggu punya tunggu, last minit member nak dengar pasal W.A.B tu.. Apa lagii.. serang abezz la..
Nasib member ni positif gila.. So register saja la makcikk..hahaha..


Esok-esok urus dana okeyy!!..

Rabu, 24 Ogos 2011

Merajuk ke??

Assalammualaikum..

Ni nak habaq sikit ni..

Aku ingatkan manusia aje yang ada perasaan, walaupun orang cakap binatang tak ada perasaan. Macam mana tu??
Nak cerita sikit. Benda yang kita gerakkan ataupun manusia buat ni ada perasaan juga ya. Tak percaya?? Al-kisah ni berlaku kat aku hari ni. 
Dah siap-siap nak g kerja seperti biasa panaskan enjen keto. Seperti biasa '' one kick ''
aje dah vrommm..  Keta ni tiap hari naik, p mana-mana pun dia aje yang setia jadi teman perjalanan aku. Pernah terdetik nak '' upgrade'' cket la dia ni. Ye la al-maklum la ''pick up'' dah kureng. hehehe..

Terniat nak tukar yang lebih selesa sikit, jadi aku habaq '' aku nak tukar ko la keta''. aishh.. Mengerti rupanya, eta ni tak la tua sangat baru 2,3 tahun guna. Sebelum ni tak banyak karenah..
Masa program ''WAB'' hari tu dah kena sekali, basah abess baju kerna dia ni. Mana tak nya turun naik tingkat 5 cari spare..

Masalah dia ni kaki empat, yang tiga absorber ni okey berfungsi macam biasa, yang kat depan sebelah kiri tu yang buat hal.. Yang tu okey lagi, ni yang parah sikit. Elok-elok aku kasi signal nak masuk simpang, budak laki yang tak tau malu ni tak dok lesan bawak macam lipas kudung cium muka depan keta ni.
HAmpehhh!!!!!! senget muka hemsem keta aku.. nak guna Bio Ever pun tak dapat rasanya..hehe

Lagi hampehh.. dah tak nak start pagi tadi time nak turun kerja. Yang ni yang ke-2. Hari tu buat hal jugak. Emm... ada-ada saja dia merajuk ni hah. 
Pagi tadi parah gilerr.. orang sibuk pergi kerja. Aku sibuk buat kerja. Bateri kong abesss....

Last-last nak bateri yang baru. Cina mana ada buka seawal pagi macam tu. Sabar aje la dalam bulan mulia ni..

Dah tu, bateri baru pasang bukan main lagi..

'' aku minta maaf ya kereta'' engko paham rupa-rupanya.. Okey lah aku tak jadi 'upgradr' awak ni yeee. Berkhidmat untuk aku ya.

Lain kali mulut kena jaga juga. Tak perlu tunggu ramadhan. Aku pun apa lagi..

Sekian, terima kasih:
Wassalammmm...

Isnin, 22 Ogos 2011

Juadah Buka Puasa

Tak terasa ramadhan dah 22 hari berpuasa dan bersamaan 22 Ramadhan 1432H. Segala cabaran, penat, letih, lelah dan sewaktu dengannya kini di tempuhi dengan jayanya sebagai seorang insan bergelar hamba kepada Nya.

Lebih-lebih lagi dikala anda keseorangan dari orang tersayang, tak kira ibu, ayah, suami, isteri, kawan perempuan, kawan lelaki, teman-teman, dan tak kira siapa mereka. Tentunya bahangnya kian terasa. Hari ke hari kita tempuhi. Ada kalanya patah jua keimanan dengan godaan syaitan & iblis, kadang-kadang alhamdulilah syukur ke hadrat Ilahi keranaNya lah yang menentukan segalanya. Jangan salah fikir la pulak ya.. jangan menguningkan otak anda yang Allah kurniakan dengan sejuta kepandaian,kebijaksanaan untuk kita guna sehairan..

Baiklah.. bagaimana ?, macam mana ?, kenapa ?, di mana ?, ke mana ? kita sekarang? masih bersemangat? masih setia nak tunaikan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah yang tak terucap ciptaannya. Tak kira siapa kita, tua muda, janda, duda, makcik, pakcik... ehhhh melalut pulak.. maaf ya pak, ibuk dan sebagainya..
Engko pangkat apa, gaji berapa, tangga berapa, gred apa? tak kisah la engko orang kaya ke tak; ingatlah, pesanan buat aku dan semua yang ada membaca blog ni, tingkatkanlah keimanan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Bunyi macam orang pandai, tapi itulah...Rasanya tak salah saling mengingatkan sesama umat.

Aku ni apa yang penting asalkan ada makanan yang nak di telan. Eh telan pulakkk.. 
Makanan tu biarlah yang boleh kasi tenaga untuk teruskan kerja seharian suntuk semasa bulan mulia ni. Mungkin pada awal bulan ramadhan bukan mian lagi kita nak telan apa aje yang ada depan mata. Tapi sebaliknya tak tertelan semua. Orang bilang, berbuka ikut sunnah nabi, air putih dan kurma dah memadai. Aku try test la sekali, alhamdulilah bestttt !!! p la try..hehe.. Sebaiknya kita makan dengan ala kada sahaja. Masa bulan puasa ni kita perlu ambil kesempatan untuk membersih, membuang lemak, menurunkan segala yang perlu diturunkan. Tak kira luar dalam..hehehe..

Bagi yang ada ikut kelas "W.A.B" tu sangat bermakna. ''Wanita Anggun Bergaya" Teori penyusunan lemak bagi berlemak juga dibuat. Rugi siapa tak datang.. Bukan nak promosi, tapi realiti.

Memang kita digalakkan membuat amal kebajikan, meningkat keimanan, mencari lailatul Qadar yang hanya kita temui setahun sekali. Mungkin ramadhan seterusnya kita tak berkesempatan menemuinya. Allahhualam...

Dan jangan lupa kepada mereka yang memerlukan, tanggungjawab kita sebagai sesama umat. Bayar zakat, sedekah kepada mereka yang memerlukan. Harapan kita kepada mereka adalah agar benarlah mereka yang memerlukan. Jangankan berpura-pura di atas peluang sebegini rupa. Allah maha mengetahui.

Dewasa ini susah kita nak percaya dan mempercayai. Bagaimana ya?? tepuk dada tanya sendiri. Amati sendiiri la bro..brother! Lantak kau la wahai manusia. Tapi kalau aku yang terjumpa aku kasi ja, yang penting aku ikhlas. Kalau meminta simpati tetiba ja di bulan mulia ni alamatnya nak mintak bala. Kadang-kadang kesian nak kasi. Kadang-kadang tak kasi pun kesian. adoiiii..makkk...

Baiklah amati lagi si 'pokok' ni okey... enjoyyy..



Rabu, 10 Ogos 2011

Ramadhan Lagi

Hari ni dah puasa hari ke 10..
Tahun ni pose sorg lagi..
Sahur dan berbuka sorang-sorang lagi
Kadang-kadang ada teman bersama, hilang jua sunyi dan suasana bulan puasa..
Teringin nak bersahur ramai-ramai dengan keluarga
Apa bole buat, saber sajalah labuu...

Teringin nak makan masakan mak di kampung..
pilu sekali,,hehe
Kalau bulan puasa ni masakan kegemaran aku bubur pedas di beri nama

Tak pedas ponn..
Nama aje pedass..
Orang lain jual tak sedapp
Mak masak sedapp...
Ada pucuk midin
Ada kulat
Ada nasi sikit
Ada kacang tanah
Ada kucai, tau kucai takk?hehehe
Ada pucuk kangkuk manis
Berbuka dan bersahur dengan bubur pedas pun tak jemu..

Kalau beo kat bazar ramadhan tak sedepp,,
Mahainya sepaket..
'' taste '' nya kurang..
hehe

Aku try test nak buat sendiri
Tak reti la pulak
Sempat aku pergi kedai cari bahan-bahannya
Tapi tak jumpa semua
LAst-last aku berbuka kat supermarket aje..hahaha

Teringat aku hari pertama puasa
Lauk pauk aku beli tak sempat nak jamah..
Sedekah kat jalan berturap aje..
Kesian..
Hhmm...
Bukan rezeki aku..Ujian bulan puasa kot..hehe..

Baiklah...
nak tidur..

Selamat malam Wazien
Selamat malam Intan
Rindu kamu berdua..

Selasa, 9 Ogos 2011

Doa

'' Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ;
seindah-indah persoalan,
sebaik-baik doa,
sebagus-bagus keuntungan,
seindah-indah pekerjaan,
dan sebaik-baik pahala,
sebagus-bagus kehidupan,
dan sebaik-baik kematian,

tetapkanlah aku dalam kebenaran, 
dan beratkanlah timbangan amal baikku,
kukuhkanlah imanku, 
tinggikan kedudukanku,
terimalah solatku,
dan ampunilah kesalahanku..

aku memohon pada-Mu kedudukan yang tinggi di dalam syurga-Mu,
perkenankanlah Ya Allah,
Semoga Allah mengabulkan.

Amin.

selamat malammm...

Isnin, 8 Ogos 2011

Ramadhan Al - Mubaraq

Assalammualaikum..
lamanya tak buat entry baru kat blog ni..
Bukan mati akal, bukan mati ''idea''

Saja mem'bizi'kan diri..hehehe
almaklumla dah naik pangkat, gaji tak naik2 lagi..
pangkat dalam keluarga...
bukan gila pangkat..huahuha
''ayah, bapa, daddy, yan, apak & sewaktu dengannya...

Ni nak kasi gambar '' son of alley ''

Fiqarni Wazien 23 hari

Hari Pertama Wazien

Dan dah pastinya aku tahun ni sahur berbuka sendiri...
Back to previous..hehe
tak pa la kan..

Rindu-rindu tu biasa la..
Ada masa apak balik ya azinn..

Dan yang lebih menduga keimanan di bulan puasa ni adalah semuanya buat sendiri..
bukan tak reti, buat-buat reti aje lah..
bukan tak biasa, biasa-biasa aja..

McD, KFC, SugarBun semuanya ada.. pilih saja.. yang penting jangan poket kosong...hehehe

Tapi yang buat aku sedih sangat hari pertama tu la..
Semangat nak berbuka, last-last lauk pauk yang aku mengidam sangat tu la yang terbarai tengah2 jalan.. huh
 Nak nangis dah tak bley buat apa ..

saber, saberiah..kuangkuang...
Tak pa dugaan tu kawan...

hmmm....... baik lahhh...


Your Comment/ Komen Anda