nuffnang ads

Sabtu, 30 April 2011

Masalah-masalah Berniaga

Langkah pertama untuk berubah menjadi usahawan yang terbilang ialah menerima hakikat bahawa kadang-kadang kita mempunyai masalah dan setiap manusia yang hidup di dunia ini pasti ada masalah, tatapi setiap masalah itu pasti ada pemyelesaiannya. Antaranya adalah :

INGKAR- ingkar perintah Allah, ingkar nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua, nasihat orang yang lebih berpengalaman.

JAHIL- tidak ada ilmu dalam selok belok perniagaan, kaedah, teknik, tidak mahu bertanya, berbincang, belajar dan tidak mahu mengikut langkah orang yang telah berjaya.

BODOH SOMBONG- yang ni best ! hee.. orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. bukan saja tak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau orang memberi pandangan; dia marah, kecik hati,ambik hati dan sombong. Tidak mahu menerima pandangan orang lain kerana kononnya dia lebih pandai, ego yang melampau atau bangga diri yang tak bertempat.

TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU-  jenis ni adalah orang yang telah beramal, dah dengar nasihat atau sudah ada ilmu, cuma masih tidak istiqamah, tidak berterusan, hangat-hangat taik ayamm..

MATLAMAT TIDAK MURNI-  ada hasrat yang tak baik;  Contoh ;
  1. merancang untuk menipu
  2. membalas dendam kepada pesaing
  3. membelanjakan modal atau pelaburan yang diamanahkan
  4. mengambil kesempatan atas kelemahan dan kemiskinan orang lain
  5. membolot kekayaan sendiri
  6. mendapat faedah dan manfaat diri sendiri
  7. menjadikan perniagaan hanya sebagai batu loncatan
  8. menyalahgunakan kemudahan dan geran drpd kerajaan
  9. menindas orang yang lemah
MATLAMAT TIDAK JELAS- matlamat tak 100% nak berniaga, kurang faham. Antaranya ;
  1. bernaiga kerana terpaksa
  2. mewarisi perniagaan keluarga, bukan perniagaan sendiri
  3. membantu perniagaan suami/isteri separuh hati
  4. pengurus yang dibayar gaji
  5. lemah minda dan tidak mampu mengikut perkembangan perniagaan komtemporari
  6. tidak mampu membakar semangat diri sendiri
KURANG ILMU- ilmu perniagaan sendiri sentiasa berkembang dan berubah mengikut iklim dunia perdagangan, telekomunikasi, teknologi, globalisasi dan tamadun dunia. Bagi umat Islam, perniagaan hanyalah jambatan merentasi alam maya ini untuk menuju ke akhirat.
  1. ILMU pernigaan
  2. ILMU kemanusiaan
  3. ILMU kehidupan
  4. ILMU keakhiratan
SILAP KAWAN- ramai yang dah menceburi bidang keusahawanan gagal kerana kawan. Betul ke?? Sepatutnya kawan menyokong usaha kita jika tidak pun membantu. Tetapi jika sokong pun tidak, malah menjatuhkan kita maka bolehlah dikatakan ; '' Harapkan sokong, sokong membawa rebah ''.

JIWA RAPUH- sebab-sebabnya;
  1. penyakit kronik
  2. tekanan
  3. tiada sokongan ahli keluarga terdekat
  4. hilang keyakinan diri
  5. perniagaan merosot
  6. kehilangan orang yang tersayang
NAK CEPAT KAYA- banyak yang nak menceburi bidang perniagaan tetapi matlamat utama adalah nak cepat kaya. Jadi masuk la skim cepat kaya. Kerajaan dah sita & haramkan pelaburan seperti ini. Maka banyak yang mengeluarkan KWSP semata-mata nak kaya cepat dan mereka yang menganjuran ini adalah berselindung di pelbagai nama dan akhirnya kerugian besar. Siapa yang untung adalah mereka yang berselindung di bawah pelbagai nama syarikat. Hati-hati ya..

Jika tidak kerugian  yang lebih besar akan dialami apabila sebahagian besar simpanan peribadi, harta benda, saham, simpanan kerajaan dikeluarkan dan dibayar kepada ejen skim cepat kaya tersebut yang beroperasi online dan tidak mendadangkan keuntungan kepada kerajaan..

ADA SIFAT IRI HATI-  sifat mazmumah yang merosakkan diri. Contohnya; pesaingan tidak sihat, boikot, mengadu domba, black mail, berpuak-puak, persatuan akan pecah. Konsortium perniagaan tidak akan berfungsi. Kekuatan strategi perniagaan tidak dapat dipertahankan. Akhirnya semua peniaga akan rugi.

SIFAT MALAS-  malas untuk bekerja lebih. Sama seperti ular, bila kenyang tidur sampai lapar semula baru bekerja. Hakikatnya kita tidak tahu apa yang tertulis sejak azali lagi di Loh Mahfuz tentang rezeki, jodoh dan kematian kita. Tetapi Allah berfirman dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang menyatakan bahawa Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang akan mengubah apa yang ada pada diri mereka.

KURANG USAHA- kurang gesaran, kurang cabaran, kurang motivasi diri. Orang yang nak berjaya sentiasa meningkatkan usaha. sebabnya ;
  1. selesa dengan apa yang ada
  2. menganggap diri sudah berada di zon selesa, zon selamat.
  3. tidak ada tanggungan seperti anak isteri
  4. putus harap
  5. faktor usia
  6. faktor kesihatan
GAGAL MENARIK HIDAYAT ALLAH S.W.T - Hidayat Allah s.w.t adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Tugas kita hanya meminta daripada-Nya. Terpulanglah kepada Allah s.w.t untuk memakbulkannya. Tetapi Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui. Jika kita gagal mendapat hidayah Allah bermakna ada kesalahan yang kita lakukan yang menyebabkan Allah jauh hati dengan kita. Muhasabahlah diri dan baiki diri. Insya-Allah pertolongan Allah akan datang dengan segera.

TIDAK MENGAMALKAN PETUA-PETUA MURAH REZEKI-  petua ini di ambil daripada al-Quran, hadis dan pengalaman orang soleh. Punca sempit pintu rezeki ;
  1. meninggalkan solat
  2. derhaka pada Allah s.w.t
  3. derhaka pada ibubapa
  4. membiarkan ahli keluarga derhaka kepada ibubapa dan Tuhan
  5. memutuskan hubungan kekeluargaan
  6. enggan membayar zakat
  7. enggan membayar hutang
  8. melakukan zina, homoseks, lesbian atau aktiviti yang seumpamanya
  9. memakan harta riba
  10. memakan harta anak yatim
  11. hati kotor
  12. sering berdusta
  13. memberi dan menerima rasuah
  14. riyak ( menunjuk-nunjuk )
  15. merahsiakan ilmu daripada orang lain
  16. khianat terhadap oran glain
  17. mengungkit-ungkit pemberian
  18. emnyelidiki rahsia orang
  19. menyebar fitnah
  20. cuai ketika membuang air kecil seperti kencing berdiri atau istibra'.
  21. kurang berdoa
TANGKAL KEJAYAAN- sebenarnya tangkal untuk orang berjaya adalah ;
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ;
'' Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan kerjanya, dilakukan dengan cara yang paling baik ''
( Riwayat al Tabrani )

Dalam melakukan sebarang kerja lebih-lebih lagi dalam usaha kita untuk berniaga, untuk jadi usahawan yang terbilang kita perlu lakukan dengan cara yang terbaik. Insya -Allah kita akan terdorong jadi seorang usahawan yang terbilang.

Nabi Muhammad s.a.w juga menyebut dalam hadis lain ;

Maksudnya : " Siapa yang hari ini lebih baik daripada kelmarin, dia seorang yang hebat. Siapa yang kelmarinnya lebih baik daripada hari ini, dia tercela. ''

 ( Riwayat Naim bin Abdul Rahman dan Yahya bin Jabar )

tetapi hakikatnya, kita tidak boleh lakukan kedua-duanya sekali. Kalau kita buat alasan, kita tidak boleh buat duit. Kalau kita buat duit, kita tidak perlu beri alasan.

selamat beramal...



Khamis, 28 April 2011

Macam-macam ada

Assalammualaikum kum...kum... heheheheeeeeeeeee

Hai dua 3 hari ni sibuk;
Banyak macam sibuk;
Sibuk hal kerja;
Sibuk hal demo;
Sibuk hal pejabat;
Sibuk hal atur orang kerja;
Sibuk dengan hal orang;
Sibuk mengomel;
Sibuk tak puas hati;
Segala macam sibuk....

Tak apa lah kalau diaorang nak sibuk,sibuk lah... asal jangan kacau kerja aku sudahhh..
Tak payah nak sibuk kalau masih sama makan gaji;
Tak ada untung nya, buat gaduh jer..
Baik buat demo..
Masyuk juta-juta
Bukan juta rupiah
juta RINGGIT MALAYSIA

Kau ada?
hahahaha

Tak payah sibuk la bosss, tuan, datuk, datin, puan, Yb...

Buat jer kerja masing-masing,
Tak ada faedah kalau asyik nak mengomel sesama diri..
Tu sebab kita kureng maju..

Bila orang nak angkat sikit dah mula la....
Mula la cakap2..
Mula la jelous
Mula la cemburu nya
Mula la ego nya

'' Wahai manusia '' - dialog Nujum Pak Belalang.
''Aku lah Jinn ''
 '' Lebih baik kau pulangkan hak akuuu ''


selamat beramal...........

Ahad, 24 April 2011

kerja,kerja,kerja,kerja jangan tak kerja

Jumaat - kerja, semayang, keja, demo.Walaupun Public Holiday pun kerja..

Sabtu - Kerja,demo, demo

Ahad - Kerja, Demo,kerja...

Buat yang terbaik untuk anak isteri. Kalau tak ada anak isteri, buat untuk mak bapak. Kalau tak ada jugak, buat untuk diri sendiri. Kos hidup dah meningkat. Semua dah up-up in the sky....

Selamat beramalll........

Khamis, 21 April 2011

Petang-petang gini orang lain sibuk dengan jem & kaya. Aku masih dok termenung depan komputar ni. Tak kaya-kaya pon. Kena kutuk ada la, kena tukul ada la. Sampai bila kena kerja macam ni? Ada orang tahu aku kerja dan anda semua bekerja? Hujung bulan hanya dapat gaji yang sama sahaja. Balik-balik kerja yang bertambah. Balik-balik itu, balik-balik ini. Bunyi macam tak bersyukur kan? Tapi kena tahu jugak..

Kena tahu bagaimana orang barisan hadapan bekerja. Jangan dok arah-arah.  Tak paham aku.. Arah yang mana mahu di tuju? Arah yang hilang? Arah kejayaan? Arah Mengarah? heeeeeeee...

Biarlah apa-apa pun, asalkan jangan kacau periuk belanga aku. Asalkan aku tak buat makan duit haram udah la. Neraka menanti, istana menanti..heeee.. Baik aku buat yang halal daripada yang tak halal lagi salah. Kenapa orang macam aku ni yang selalu kena? Kalau salah yang besar-besar dan terbukti salah tak di ambik kehadapan? Hairan-hairan....

Tak apa lah tu, ujian-ujian. Sabar-sabar wahai aku..
Bukan orang lain juga yang berkhidmat nanti, aku juga. Salah sikit riuh sekampung.. Tak ada orang yang tak buat salah. Tapi tak boleh di bawa berbincang kah?? Mungkin bukan rezeki ku di sini.

Tak apa :
Tuhan Maha Kaya ;
Tuhan Maha Adil ; 
Tuhan Mengetahui.

Sama-sama merenung ;
Sama-sama beramal ; 
Sama-sama baiki diri.

Kisah Sejarah

Rasulullah s.a.w sebenarnya telah mempunyai semangat keusahawanan sejak dari kecil lagi. Baginda meminta kebenaran daripada bapa saudaranya , Abu Talib untuk bekerja sebagai penggembala kambing bagi membolehkan Baginda bedikari.

Tambahan pula Baginda merupakan anak yatim piatu yang telah kematian bapa ketika dalam kandungan lagi dan kemudian kematian ibu pula ketika berusia enam tahun.

Kemudiannya Baginda mengikut kabilah bermusafir dan mengembara ke Syam untuk belajar selok belok perniagaan. Ini menguatkan lagi kepentingan perniagaan dalam Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya,

'' Pendapatan paling baik bagi seseorang itu ialah hasil usaha tangannya sendiri.
Nabi daud a.s makan daripada hasil usahanya sendiri. ''

( riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahih al-Bukhari pada bab
 Pembelian : Pendapatan seseorang dan Hasil Usaha Tangannya )


Tak salah berniaga, bahkan dituntut dalam agama dan sangat dititikberatkan tentang berniaga. Seronok bernaiga kalau kita dah menceburkan diri dalam lapangan ini. Bahkan dari segi sosialnya kita dapat mengenali budi pekerti seseorang tak kira agama dan bangsa. Malah menambah banyak kenalan baru, mungkin lama dan baru, mungkin muda atau tua. Pahala dapat, duit lagi dapat. Apa yang penting kena jujur, amanah, adil dan ikhlas.

Tak perlu bermodalkan yang besar, tak perlu kedai, tak perlu pekerja, tak perlu sewa tapak perniagaan dan sewaktu dengannya. Niatkan dalam hati untuk diri, keluarga dan masyarakat. Sebab apa? sebab nak menampung belanja, nak bayar bil, nak kehidupan yang selesa, nak membina sosioekonomi rumahtangga, nak menjalin sahabat pernaigaan, nak membantu sesama insan supaya berdikari dan mungkin boleh bertukar-tukar pandangan, nak bersedakah dan banyak lagi...

Apa yang nak di niagakan? sekiranya takut tak laku, takut tak habis dijual atau  takut membazir, ambil barangan yang murah tapi memberi pulangan yang banyak. Kalau tak pandai buat pisang goreng tak apa, cari sesuatu yang senang di niagakan, orang nak beli nak cuba dan menjadi salah satu benda yang penting kepada pelanggan.

Nak tahu lagi? jom la SMS ke atau KOL SAJA 013-568-8660 ;

0- KOSONG
1-SATU
3-TIGA ,

5-LIMA
6-EMAN
8-LAPAN ,

8-LAPAN
6-ENAM
6-ENAM
0-KOSONG

selamat beramal....

Rabu, 20 April 2011

Ciri-ciri seorang Pemimpin Perniagaan

  • Ada kesanggupan untuk berusaha gigih ke arah perubahan daripada tidak tahu menahu kepada tahu apa dan tahu bagaimana.
  • Mengambil berat tentang keadaan kewangan dan perniagaan dan mahu belajar bagaimana untuk mengukuhkan kewangan.
  • Ada keinginan untuk mengembangkan perniagaan.
  • Sanggup membantu orang ( orang pertama yang dibantu adalah diri sendiri kemudian barulah membantu orang lain ) untuk memiliki kehidupan yang lebih baik di dunia dan di akhirat.
  • Mampu mencorak warna rakan niaga dan orang dalam kumpulan dalam aspek : 
  • Displin diri
  • Peraturan kerja
  • Membuka minda
  • sokongan dan taat setia terhadap perniagaan
  • mengambil berat apa yang berlaku di persekitaran

Selasa, 19 April 2011

Bermula hari.

Apabila Allah datang memberi pertolongan dan kemenangan,
dan kamu lihat manusia masuk ke dalam agama Allah beramai-ramai.
 Maka, bertasbihlah memuji-Nya dan meminta ampun,
Sesungguhnya Dia Maha Pengampun.
( An -Nasr : Ayat 1-3 )

Dah berapa hari tak update entri baru. Rasa-rasanya kesibukan kerja. Hari Sabtu lepas sibuk dengan orang mengundi. Aku tak pergi undi, tak ada berpeluang balik kampung. Bukan tak nak, kerja ni yang buat susah bergerak. Bukan tak dapat cuti, orang tak ada nak ganti aku kerja. Balik mengundi khabarnya boleh claim. Tak kisah lah boleh claim ke tak, yang penting dah dapat tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat. Nak pilih pemerintah yang betul-betul  boleh memerintah. Jangan aku yang kerja sbagai orang bawahan kena perintah. heeeeeeeeee... dah kerja gomen, kena perintah lagi. Nak dengar pemerintah lagi. Apa-apa lah. Asalkan aku dapat gaji macam biasa.

Orang tua cakap kerja perintah @gomen ni terjamin. Betul memang terjamin. Betul ke? heeeeeeeeeee tanya la diri sendiri. Terjamin ke kalau kena perintah selalu? Puas tak kerja asyik-asyik di perintah. Bukan nak cakap '' Perintah @ gomen ''tak bagus. Kena faham dari satu sudut ke satu sudut yang lain. Hah... buat la sampai kau rasa puas, ada orang tahu kau kerja macam mana>????? Tuhan saja yang tahu. Kau kerja jujur ke, main ular ke, datang tak cun jam ke, balik awal ke, berfb ke, apa-apa pun. Orang takkan tahu macam mana kau bekerja. Last-last kau dapat apa? Mengomel tahu.. buat tak tahu.. heeeeeeee..

Ni aku ajak buat benda elok kau tak nak, nak jugak cara cepat. Salah ke berniaga? Jijik ke berniaga? Orang pandang rendah taraf kau berniaga? huh kesian... kerja gomen, tapi jual barang. kesian.. kesian.. Ada orang lain yang tolong settle kan bil-bil, bayar petrol kau? Tengah-tengah bulan dah ranap, habesss... Rasa nya salah lagi kalau pinjam dari '' ah-long '', tilik nasib, jual benda-benda haram, tak tahu asal usulnya. Pinjam sana, pinjam sini.. Utang keliling pinggang. Nanti sakit buah pinggang.. kahkahkah...heee... sukati enagkau la labuuuuuu.........

Best berniaga ni... dulu aku tak  pandai berniaga. Setakat hantar ikan yang orang dah tempah tu pandai. Dulu masa ayah masih ke laut memang biasa hantar ikan. Masa tu ikan murah lagi. Sekarang makk oiii.. Almaklum la orang kampung.. Kais pagi makan pagi, begitulah sebaliknya. Mungkin apa yang dah aku lalui masa kecil cukup mendewasakan. Waasehhhhhh... Tapi sekarang nak tak nak kena berniaga. Tak kira la nak jual apa. Asalkan  tak menyalahi undang-undang. Lebih baik berniaga secara kecil-kecilan. Tak perlu modal besar, tapi menjanjikan pulangan. Tak la teruk sangat kalau dah tak ke laut. ( hujung bulan ). Cuba randahkan ego  kita sikit bila orang berbicara tentang berniaga. Asal niat nak memperbaiki diri dan keluarga. Tak kesian bila tengok ibu dan ayah dah penat-penat besarkan kita, dah kawin sampai tak ingat orang tua...

Rasanya tak salah bersusah-susah masa muda, masa lagi bertenaga ni. Kelak dah masuk usia yang sepatutnya menerima hasilnya. Sama seperti orang yang dah bersara wajib. Tiap bulan dah menerima pencen. Kadang-kadang aku kesian tangok mak-mak, ayah-ayah masih bekerja sedangkan usia seperti dah tak mengizinkan. Bukan nak mengutuk. Tapi realiti.. Kesian.. Dari muda sampai tua gitu juga kerjanya. Apa salahnya buat awal, masih muda buat benda elok. Nanti tak pasal-pasal kita dimarah sebab kerja lebih. sedangkan memang digalak sangat tu. Daripada jual dadah memang dah tahu tak elok, ini kan pula kerja elok-elok. Tak salah dari segi undang-undang. Aku pon tak paham.... heeeeeeee..

Fikir-fikirkan tentang hidup kita seharian ni.. Bukan nak mengajar, tapi sama-sama belajar. Sedekah, alam jariah. Tak semestinya buat amal kasi duit semata-mata. Banyak cara kita nak buat amal. Menyampaikan sesuatu yang menguntungkan adalah satu amal, satu ibadat. Bukan nak mintak puji. Atau menunjuk pandai.. SubhanAllah... mintak-mintak dijauhi.. Ingat akan TUHAN yang ESA...

selamat beramall........

Fight to CDM seminar di MINES WELLNESS HOTEL, Kuala Lumpur bersama Pemimpin Hebat Akademi Taipan 181.

Perkongsian bersama.......


Sabtu, 16 April 2011

kembar-a

Jom tengok gambar ;

Sama tapi tak sama besar...



Kembar seiras...

Original made
 
Claudea
Bawak dengan bakul sekali.
Yang satu malu, yang satu lagi tak malu..heeeeee
heeeeeeeeee.........
Ni aku lah...... heeeeeee


Jumaat, 15 April 2011

Ibadah asas yang perlu dititikberatkan

Allah s.w.t berfirman ;


Maksudnya ;

 ''Hai orang yang beriman, apabila kamu diseru untuk solat pada hari Jumaat, maka hendaklah kamu pergi kepada mengingati Allah dan tinggalkan berjual beli. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.''

( Surah al-Jumu'ah : 9 )

Sambunglah mencari rezeki selepas menunaikan solat seperti firman Allah s.w.t.;

Maksudnya ;

'' Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah lamu di muka bumi dan carilah kurnia Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya ''

( Surah al-Jumu'ah : 10 )

Menjadi kewajipan  bagi seseorang usahawan Muslim untuk melaksanakan kewajipan membayar zakat perniagaan.

Allah s.w.t berfirman ;

Maksudnya ;

'' Dirikanlah solat dan bayarkanlah zakat, dan apa-apa yang kamu usahakan antara kebaikan untuk dirimu.. ''

( surah al-Baqarah; 110 )


Allah s.w.t berfirman ;

Maksudnya ;

'' Hai orang yang beriman, nafkahkanlah sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepadamu, sebelum tiba hari yang tidak ada jual beli, tidak ada persahabatan dan tidak ada pertolongan.. ''

( surah al-Baqarah ; 254 )


Selamat Beramal.........

Rabu, 13 April 2011

Dhuhaa

Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abu Dzar r.a yang bermaksud; 

        '' Hendaklah setiap kamu bersedekah untuk masing-masing ruas tulang badannya. Maka setiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kebaikan adalah sedekah, melarang keburukan adalah sedekah, dan sebagai ganti dari semuanya itu, cukuplah mengerjakan sembahyang Dhuhaa sebanyak dua rakaat ''

Ayat di atas dah terang dan jelas, melihat lagi bersuluh.  Ni cakap kita ajak buat kerja tak berfaedah. Hmmm ..... mari fikir-fikirkan. Buat benda baik untuk diri, keluarga dan masyarakat tak nak ke?? sedekah tu...

 Ni ada satu lagi ayat :

Ahmad dan Daud meriwayatkan dari Buraidah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud :

'' Dalam tubuh manusia itu terdapat 360 ruas tulang. Hendaklah dia bersedekah untuk setiap ruas itu. '' Para sahabat bertanya : '' Siapakah yang mampu melaksanakan itu, ya Rasulullah...? '' Rasulullah s.a.w menjawab, '' Kotoran yang ada di masjid, lantas ditutupinya dengan tanah, atau menyingkirkan sesuatu gangguan dari tengah jalan itu bererti sedekah, Atau sekiranya sanggup, cukuplah diganti dengan mengerjakan sembahyang Dhuhaa dua rakaat. ''
Selamat beramal.........

Diamond Night at Malaysia International Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur 26 Februari 2011.

Malam Anugerah Usahawan. Berbangga atas kejayaan ke tahap ini.


Sahabat





Contoh terbaik persahabatan antara berlainan jantina yakni antara kaum lelaki dengan wanita dapat dilihat sewaktu dalam  mengerjakan solat .

Dalam solat kaum lelaki duduk dibarisan hadapan yakni sebagai Imam manakala makmum lelaki membelakanginya . Sementara makmum perempuan berada di sebalik takbir di belakang makmum lelaki .

Jadi tidak timbul masalah bersentuhan kulit apatah lagi hendak bersalaman.Juga sewaktu Rasululah hidup belum pernah Baginda bersalam apatah lagi bersentuhan kulit dengan mana2 kaum wanita kecuali pada isteri2 Baginda dan kanak2 yang belum mumayiz. Bukankah sebaik2 contoh ialah Sunnah Nabi ?

Jadi kurang pasti dari nas mana samada berbentuk Al Quran atau Hadis Nabi yang agama Islam membenarkan bersalaman apatah lagi bersentuhan kulit diantara kaum lelaki dengan wanita . Kecuali jika berlapik contohnya dengan memakai sarung tangan.  
   

Selamat beramal...

Selasa, 12 April 2011

AFundi 181

Malam tadi tengah ambik angin dengan isteri sempat tengok orang uji bakat. Tak tahu uji bakat apa la. Jom tengok gambar ni ;
AFUNDI??????     
Nak undi siapa ?
Penuh-penuh orang datang uji bakat, testing suara..
Bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma saja2 buat entri hari ini. Semangat bukan main lagi, tapi aku ni tak tahu sangat pasai uji bakat ni. Asal dah tunai kan tanggungjawab udah lerr.

Ni nak habaq kat hang, dok pikiq la buat uji bakat ni tang mana? kawasan sapa? Habaq ini tak betui, itu tak betui. Tapi api, air, jalan, tanah, masjid, surau, semua kemudahan tu sapa buat? Siap-siap mengutuk lagi... Paneh.. paneh...

Datuk, atok, pakcik, abang, adik, penghulu, imam, bilal, entah sapa-sapa lagi lah tak pikiq ke? Jangan sukati hantam jer ye..

Last- last gak nanti dok p jabatan gomen gak mintak bantuan, perkhidmatan dan sewaktu dengannya..

Dunia, dunia, dunia, dunia...

Aku ni cakap pandai, semua orang pandai cakap... Kadang-kadang senjata paling power adalah mulut. Manis mulut peribahasa melayu. Buat pandai?

Ni aku nak habaq, ado kasi gaji naik no? ade kasi kerja bagus no? ado kasi income naik no?
 Pikiq la cik,makcik,abang,kakak, ibuk, datuk, nenek, makcik, tuan ,puan...

Meh semua join :
AKADEMI TAIPAN 181
AFUNDI 181
AF MASYUK
AF MONEY
kasi semua MASYUK semua..
AF 013 568 8660

selamat beramal....

Isnin, 11 April 2011

KONGSI-kongsi

Petang tadi ada apoiment nak p tengok set penapis air ni. Rasanya dah lama tak cek makcik ni punya penapis air. Hmmmm..baik lahh. Beberapa hari lepas dia ada kol suruh cek penapis tu. Almaklum la dah veteren sikitt..heeeeeee.. Makcik ni cakap lepas guna penapis ni dia dapat jimat penggunaan gas memasak. sebabnya tak perlu masak air, boleh diminum terus dari pili penapis air tu.


Produk Superbrands, SIRIM Tested, Terbukti Secara Klinikal. Banyak dapat anugerah benda nih..

Lagi satu makcik cakap ; tak payah susah-susah nak simpan air dalam botol banyak-banyak. Tak perlu guna elektrik bila nak menapis kata makcik tu. Masalah makcik ni dia ada penyakit sendi. Orang cakap sakit Gout / Athritis bahasa medikal nya. Sjak guna penapis air ni dia rasa sihat sikit, jarang-jarang datangnya sakit sendi. Kalau makan makanan laut habizz la...


Biozone Food Purifier

Pernah masa mula-mula pasang penapis air ni aku ajak join ahli, dapat murah sikit. Dapat jugak mata ganjaran, pat juga duit. Masuk RM30 jer. aku respek makcik ni dia bayar cepat, bayar guna cek pun ada heeeee...  Dia dah tak nak tak apa la. Orang tua susah sikit..tak pa..

Purikasi ikan sungai.
Tengah-tengah aku setting benda ni tadi dia tanya berapa yuran masuk ahli?. Aku jawab sama, RM30 jer. Bukan 30 ribu, 30puloh hinggit!! heeeee.. Bila aku cakap pasai proses purikasi ni asyik-asyik minta borang ahli. '' Alamakk, makcik nak joinn.. wahh takpe kejap ye makcik.'' Mula-mula kita buat ikan dulu, lepas tu buat ayam.


Baru 5minit dah banyak bahan-bahan seperti formalin, purin, bahan kimia yang lain dikeluarkan dari ikan sungai tersebut.
Sementara tunggu benda tu siap sembang-sembang pasai kerja. Ingatkan nak selitkan MP. Tak pe kata hati. Tiba-tiba makcik cakap pasai nama aku masuk news paper 26hb Mac 2011 lepas. Aikk.. mentang-mentang dah bersara semua dia tahu... Okey jugak kalau dia tahu aku join benda ni ada nampak bukti kesahihan, kebenaran apa yang aku buat.

Ni ayam yang baru dibeli dari supermarket.

Dah abez purikasi tu baru makcik tu tahu apa sebab dia sakit sekarang. Okey la, penapis air dah ada, mesin ni lagi bezz makcik, lengkap dalam rumah kalau ada benda ni. Bila aku bakar buih-buih yang keluar dari ikan dan ayam tadi baru dia tahu. Hhmmm tu la makcik makan sebarang jer. Mentang-mentang la duit tak pandai habis.heeeeeeeee..

Skarang kita bakar buih-buih yang keluar dri ayam dan ikan tadi. Nampak tak dapat di bakar. Benda ni adalah asid tepu yang berkumpul dalam badan yang menyebabkan pelbagai penyakit.




Tak terbakar, berbau, hari -hari kita makan benda ni kalau kita tak buang dulu dengan purikasi mesin. Itu sebab banyak penyakit bila usia dah meningkat.
Asyik-asyik bertanyakan borang; sabo la makcik ye..heeee.. hmm. Tunggu kau makcik. Ni ada satu lagi produk ajaib ni makcik. Kalau 3jam ni tak cukup nak cerita pasal makanan & penjagaan kesihatan ni makcik. Ni hah herba maharani. Jualan mencecah 2.7 billion setahun.Billion makcik, masuk '' Malaysia Books of Records '' lagi. Dah tak percaya jugak?
Percaya tak? Hah tak percaya? ni ambik no phone aku 013-568-8660. Kol ke sms kalau nak tengok yang real punya.

Aku ni bukan apa, bukan tak nak kasi borang. Kasi can aku nak bercakap ler makcik oooiiii...heheeeee. Jangan marah makcik no,, gurau jer. Nah borang nya cik. pandai tak isik? Meh sini aku isikkan. Mintak i.c. Duitnya RM30 hinggit jer ... Nanti dah join jangan lupa beli barang-barang. Ada jugok kerja makcik masa-masa tua ni......heeeeeeeeeee...


Tak percaya juga.. baca la bukti-bukti dalam surat khabar. Cari mana-mana pun akan cakap benda yang sama.. Selamat beramal...




Ahad, 10 April 2011

Berniaga itu IBADAH

Allah s.w.t berfirman ;

Maksudnya ; Dan Allah menghalalkan jual beli
dan mengharamkan riba..

( surah al-Baqarah : 75 )

Berniaga termasuk dalam dalam salah satu ibadah umun. Tapi ada gak yang tak suka kalau kita ada niat nak berniaga. Tak salah, teruskan..

Hukumnya harus dan halal, berniaga menjadi ibadah jika menepati 5 syarat ;
  1. niat mesti betul
  2. pelaksanaan mengikut  syariat
  3. perniagaan itu sah mengikut Islam
  4. tidak meninggalkan perkara wajib yang asas seperti beriman, solat, taat kepada ibubapa dan lain-lain
  5. natijah ( hasil atau keputusan ) mesti betul dan tepat.
Berniaga juga hukumnya '' Fardu Kifayah '' atau wajib kifayah. Fardu Kifayah bermaksud dituntut sebahagian umat Islam untuk melaksanakannya. Maka terlepaslah tanggungjawab fardu atau wajib itu ke atas umat Islam yang lain. Tetapi jika tiada seorang pun umat Islam yang melaksanakannya, maka seluruh umat Islam di sesuatu tempat itu akan menanggung dosa.


Ni bukan jual ubat ya..!! heeeeeeee

Gambar sebelah masa aku join
Flying Doctor Servic. Kawasan pedalaman bahagian Miri Sarawak. Suku kaum Penan.

Your Comment/ Komen Anda